Pages

Saturday, October 5, 2013

video : sidang akhbar terbaik dari zahid... gua tapik spring sama lu zahid !


video : sidang akhbar terbaik dari zahid... gua tapik spring sama lu zahid !


on Saturday, October 5, 2013
Perggghh.... ini memang TERBAIK dari lu lah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH)... kalau ini macam punya cara rasanya lu SENANG-SENANG boleh MENANG itu Jawatan Naib Presiden Umno yang lu SANDANG sekarang... gua nampak lu cukup TEGAS... BERANI... BERTAMADUN dan yang PALING PENTING lu tidak Auw... Auw... Auw seperti Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sebelum lu... kah kah kah!

Cuma gua nak ingatkan kat lu kalau betul yang Malaysiakini (MK) tu SPIN lu punya kenyataan ada baik nya lu SAMAN aje MK... seperti Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) saman LIDAH BIAWAK UMNO iaitu UTUSEX MELOYA tu... lu cakap PUNG PANG PUNG PANG pun tak guna beb... BUKTIKAN mana satu yang keluar dari MULUT LONGKANG lu tu yang DIPUTR BELITKAN oleh MK... BUKTIKAN beb BUKTIKAN... kah kah kah !.

Sebelum ini kalau lu orang masih ingat lagi dengan kata-kata Anwar Ibrahim dalam satu SIDANG AKHBAR yang mengatakan YOU ULANG I SAMAN YOU... diwaktu tersebut beb boleh dikatakan semua GEROMBOLAN PENCHACAI sama ada MEDIA CETAK mahu pun MEDIA ELEKTRONIK telah MEMAINKAN kata-kata tersebut bagai nak GILA macam orang kena SAWAN GILA LEMBU NFC beb... kah kah kah !.




Konon nya menurut Gerombolan Penchacai tersebut yang Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti CAKAP TAK SERUPA BIKIN kerana mahu MENYAMAN WARTAWAN... SEKILAS LALU ianya nampak ada semacam KEBENARAN akan kata-kata Gerombolan Penchacai tersebut beb... tapi bila DIAMATI sedalam-dalam nya ianya lebih kepada untuk MENYEBARKAN FITNAH supaya mendapat LESEN... kah kah kah !.

Sekali lagi buat DSAZH jangan buat DAKWAAN KOSONG seperti yang lu pernah kata bahawa Pemimpin Pembangkang TERLIBAT dalam PENCEROBOHAN Lahad Datu oleh Pengganas Sulu... sampai HARI INI lu langsung TAK MENDEDAHKAN... kalau ada Pemimpin Pembangkang yang TERLIBAT sila buat DAKWAAN di Mahkamah... atau lu nak gunakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang BARU LULUS tu beb... kah kah kah !.





Gua GERENTEE punya tak lama lagi adalah Pemimpin Pembangkang yang DISABITKAN dengan AKTA PCA beb...lu orang tak percaya lu orang tengok lah nanti... AKTA dah LULUS beb kalau tak gunakan buat apa LULUSKAN... kalau setakat PENJENAYAH tak ada AKTA tersebut pun Pihak Polis MAMPU untuk BERTINDAK... lu orang tengok aje OPP CANTAS beb... boleh pun kalau hendak tanpa AKTA PCA... berapa banyak Senjata Api dan Bahan Letupan DIRAMPAS...

...POKOK PANGKAL nya HENDAK atau TIDAK itu aje... kalau TAK HENDAK BERTINDAK akan bermacam-macam lah ALASAN digunakan... LAST-LAST keluar Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang menyatakan ASET Polis Diraja Malaysia (PDRM) HILANG... kalau dah ASET PDRM pun boleh HILANG beb... apa kan lagi ASET ORANG AWAM yang hanya ada PISTOL AIR aje sebagai SENJATA... lu orang PIKIR lah sendiri beb... kah kah kah !

Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini

Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini

dce71158e3953f3341549ecfd8d972f7KUALA LUMPUR- Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.
Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai “perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri”.
Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya “memutarbelitkan” cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]
“Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.
“Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau.”
Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.
Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.
Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini “memutarbelit” berita.
Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau “setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini” semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.
Sementara itu, ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong (kiri dalam gambar) kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.
Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.
Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.
Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.
“Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi,” tambahnya. – Malaysiakini

Polis bongkar makmal dadah di pangsapuri mewah

Polis bongkar makmal dadah di pangsapuri mewah

Abdul-Rahim-Hanafi2GEORGETOWN – Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah yang beroperasi dalam sebuah pangsapuri mewah di Bayan Baru, di sini awal hari ini.
Ketika serbuan pukul 1.00 pagi itu, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama kegiatan itu dikatakan baru keluar dari rumah mereka yang terletak di tingkat tujuh dengan membawa dua beg.
Kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.
Polis yang kemudiannya menggeledah rumah berkenaan menjumpai sepucuk pistol dan beberapa bungkusan dadah dipercayai jenis heroin selain bahan kimia serta peralatan memproses dadah.
Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa rumah berkenaan selama lima bulan.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan. – Bernama

Model iPhone terbaru, 5C dan 5S mula dijual kepada umum

Model iPhone terbaru, 5C dan 5S mula dijual kepada umum

images (47)TOKYO: Peminat produk Apple di seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan model iPhone terbaru, iaitu iPhone 5C dan 5S selepas ia mula dijual kepada umum, awal pagi ini.

Di Australia, orang ramai mula beratur sejak semalam, walaupun stor jualan hanya dibuka seawal jam 8 pagi.
 Di Tokyo, peminat fanatik telefonj pintar itu mula beratur minggu lalu walaupun Jepun dilanda ribut taufan, bagi membolehkan mereka antara terawal mendapatkan model terbaru itu.
Media tempatan melaporkan, orang ramai beratur sepanjang satu kilometer pada waktu pembukaan stor.
Dua model iPhone itu mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura hari ini.
Model iPhone 5C dijual serendah AS$99 (RM324) dan didatangkan dengan beberapa warna pilihan iaitu biru, hijau, merah muda, kuning dan putih.
Manakala iPhone 5S dijual serendah AS$199 (RM652) dengan pilihan warna putih, hitam dan emas. – AFP
EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

2 mayat ditemui dalam but kereta Waja

2 mayat ditemui dalam but kereta Waja

imageBAGAN SERAI – Dua mayat lelaki ditemui dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat dalam but sebuah kereta yang ditinggalkan di Hentian Sebelah Alor Pongsu, menghala selatan di sini kira-kira 5.30 petang, semalam.
Selain dihurung lalat dan berlumuran darah, kepala kedua-dua mangsa yang identitinya belum dikenal pasti itu didapati dibalut dengan pita pelekat.
Menurutnya saksi yang enggan dikenali, mayat terbabit ditemui oleh seorang pekerja penyelenggara Propel yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tandas dan kawasan sekitar hentian tersebut.
Pekerja itu berasa curiga apabila melihat sebuah kereta Proton Waja berwarna perang dihurung banyak lalat.
Difahamkan, kenderaan itu diletakkan di kawasan terbabit sejak dua hari lalu.
“Pekerja itu kemudian membersihkan tumpahan cecair merah yang menitik dari but kenderaan itu kerana menyangka ia kesan kotoran makanan.
“Bagaimanapun, bahagian but kenderaan itu masih dihurung banyak lalat meskipun tumpahan cecair itu dibersihkan dan menyebabkan kakitangan berkenaan mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian semalam.
Sumber itu berkata, pekerja terbabit kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada pengurusan Plus yang membuat laporan polis pada jam 3 petang, semalam.
Menurutnya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa dan memutuskan untuk memecahkan cermin tingkap bahagian belakang kenderaan terbabit bagi membuka pintunya selepas pemilik kereta tidak muncul.
“Setelah but kereta dibuka, kami semua terkejut melihat dua mayat lelaki di dalamnya,” katanya.
Sementara itu, anggota Pasukan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK) yang ditemui mendakwa berita kehilangan dua lelaki berbangsa Cina yang menaiki kereta bernombor pendaftaran PGN 4203 sudah disebarkan melalui laman sosial WeChat sejak tiga hari lalu.
“Setelah pihak kami dimaklumkan mengenai penemuan kereta bernombor pendaftaran sama digunakan mangsa yang hilang itu, kami segera ke lokasi penemuan dan mengesahkan kedua-dua mangsa bunuh berkenaan adalah orang hilang terbabit,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radwan Bachik ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua lelaki terbabit dibunuh.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis masih tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan berkenaan identiti mangsa dan motif kejadian.
“Mayat kedua-dua mangsa terbabit akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.
“Siasatan terperinci masih dijalankan ke atas kedua-dua mangsa dan sebarang maklumat akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya – Sinar Harian

3 Penjenayah mati di tembak..

Dua beradik anak polis

IPOH: Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.
Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan.
Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.
Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya.

Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu.
Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis
-Mymetro

Bale cedera lagi

Bale cedera lagi

imagePEMAIN bola sepak termahal di dunia, Gareth Bale terpaksa akur apabila beliau akan direhatkan dalam tempoh dua minggu akibat kecederaan paha yang dialaminya baru-baru ini.
Kecederaan tersebut menyebabkan bintang Real Madrid itu terpaksa melupakan dua perlawanan bersama pasukan Wales dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2014.
“Setelah dipilih oleh pasukan Wales, saya pula yang cedera. Memang kecederaan tamparan hebat buat saya, “kata Bale.
Sementara itu, pengendali Wales, Chris Coleman menyifatkan satu kerugian buat pasukannya apabila beraksi tanpa pemain hebat seperti Bale.
“Pemain berbakat seperti Bale semestinya akan membuatkan mana-mana pasukan akan merasa kehilangan. Lagipun di bahagian serangan dia menjadi kunci permainan kami,” katanya.
Selain pemain berusia 24 tahun, Joe Allen, Joe Ledley dan Andrew Crofts juga terpaksa direhatkan oleh Wales kerana kecederaan. – Sinar Harian

Hormatilah kehadiran Obama



Published On: Sat, Oct 5th, 2013
Hormatilah kehadiran Obama
imagePercayalah dengan sesungguhnya, Nabi telah mencoretkan gambaran hubungan diplomatik – dengan negara kota dan negara bangsa – yang sangat indah di atas kanvas sejarah manusia. Keadilan, kemuliaan dan janji dikota adalah dasar kepada hubungan yang Rasulullah SAW jalinkan, hatta termasuk negara-negara kufar yang menjadi musuh Baginda.
Antara kebijaksanaan Nabi yang mendapat bimbingan langsung daripada Tuhan yang mencipta Adam as dengan tangan kanan-Nya adalah persetujuan negara kota Madinah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah.
Duta negara kafir Makkah – Suhail bin Amr – datang berjumpa Nabi di sebuah kawasan bernama Hudaibiyah bagi menandatangani sebuah perjanjian yang akhirnya dinamakan sempena tempat tersebut. Mulanya ada beberapa sahabat melihat perjanjian tersebut sebagai merugikan Muslimin dan berat sebelah.
Tetapi kesan positif daripada perjanjian ini hanya tampak dalam jangka waktu panjang, yang hujungnya menyebabkan berlaku peristiwa ‘Fathul Makkah’ iaitu negara kota Makkah dikuasai oleh Rasulullah SAW tanpa ada darah terpercik; yang akhirnya umat manusia masuk Islam secara berbondong-bondong.
Pewujudan jawatan safarah
Selepas Nabi menurunkan tandatangannya dalam Perjanjian Hudaibiyah inilah maka negara kota Madinah mula menghantar duta-duta atau diplomat. Jawatan ini diistilahkan sebagai safarah. Dahulu dalam sistem Mala’ (mirip demokrasi Athens) yang diamalkan oleh Kota Makkah, para safarah selalu dilantik daripada Bani ‘Ady dan yang terkenal sebagai duta adalah Umar Al Khattab.
Sementara zaman sebelum kelahiran Baginda, Abdul Mutallib merupakan tokoh Quraisy yang sering diangkat menjadi duta, termasuk diutus berunding dengan Abrahah.
Antara senarai duta ialah Dihya bin Khalifah Al Kalbi diutus menghadap Heraklius di Rom sementara Abdullah bin Huzafah Al Sahimi diarah untuk menghadap Maharaja Khosrau II di Parsi. Hatib bin Abi Batla’ah dikirim ke Mesir untuk menghadap Mukaukis sementara Amr bin Umayyah Ad Dhamri dihantar untuk menghadap Musailamah bin Habib di Yamamah.
Jaminan imuniti
Bersamaan dengan pewujudan jawatan safarah ini, Nabi juga menetapkan aturan dan hukum yang bersangkutan. Paling penting hak seorang duta adalah jaminan keamanan atau disebut sebagai imuniti. Sumber-sumber banyak menunjukkan, duta-duta kerajaan Makkah dan kerajaan Bani Hanifah yang dipimpin Musailamah mendapat jaminan keamanan dan penghormatan.
Direkodkan dalam Sunan Ad Daarimi, dua duta yang dikirim Musailamah Al Kazzab datang ke Madinah untuk berunding. Delegasi tersebut dengan lantang berkata kepada Nabi: “Kami bersaksi bahawa Musailamah adalah utusan ALLAH” maka Rasulullah SAW bersabda “Sekiranya para duta boleh dibunuh pasti aku akan membunuh kalian berdua” (Sunan Ad Daarimi). Melalui kisah ini juga para ulama Ahlul Sunnah menyimpulkan, duta-duta dan seluruh deligasi dari sesebuah negara yang memasuki negara Islam dalam rangka berunding atau lawatan kerja akan diberi jaminan keamanan.
Natijahnya adalah hak imuniti ini dinikmati oleh semua utusan secara mutlak tanpa melihat apakah mereka ini dari negara musuh atau sekutu. Inilah yang diungkapkan oleh Ibnu Qayim setelah beliau berdalil dengan ucapan Nabi: “Aku tidak menangkap utusan”. (Zaadul Ma’ad oleh Ibnu Qayyim)
Ketika Perjanjian Hudaibiyah dicabuli oleh Negara Kota Makkah, mereka menghantar Abu Sufyan sebagai wakil untuk berunding dan memeterai perjanjian baharu. Sementara itu di Madinah pula, Rasulullah SAW bersabda kepada rakyatnya: “Sepertinya kalian akan melihat Abu Sufyan. Dia datang untuk memperbaharui perjanjian dan menambah waktunya” (rujuk Zaadul Ma’ad)
Hak duta
Sampai sahaja Abu Sufyan di Kota Madinah, maka dia bergegas menuju ke rumah anaknya Ummu Habibah, salah seorang Ummul Mukminin. Melihat Rasulullah SAW tiada di situ maka dia mencari Rasulullah SAW sehingga ketemu, namun ternyata Rasulullah SAW enggan untuk perbaharui perjanjian yang telah dimungkiri oleh Kerajaan Kita Makkah.
Tidak berputus asa kerana Abu Sufyan tahu tentera Makkah tidak akan mampu melawan kekuatan tentera Madinah, maka dia menemui Abu Bakar, Umar dan Ali dengan harapan mereka mampu memujuk Muhammad SAW. Tetapi tidak ada seorang sahabat pun yang menuruti permintaan Abu Sufyan. Cuma Ali mencadangkan kepada Abu Sufyan supaya menuju ke Masjid Nabawi lalu mengisytiharkan perlindungan kepada penduduk Makkah. Hasilnya Nabi memberi jaminan keamanan kepada penduduk Makkah yang berlindung di dalam rumah Abu Sufyan.
Daripada paparan di atas, kita boleh perhatikan bahawa ketika duta kerajaan kafir harbi yang terang-terang memusuhi Islam datang menghadap Nabi, mereka diperlakukan dengan baik dan penuh hormat. Renunglah bagaimana duta Musailamah dan duta Makkah seperti Suhail bin Amr dan Abu Sufyan datang bertemu Rasulullah SAW, para sahabat tidak memaki hamun dan merendahkan maruah mereka. Jauh sekali para sahabat berkumpul lalu berteriak sebagai seorang demonstran jalanan!
Lebih jelas lagi kisah Abu Sufyan yang dipaparkan; dia diterima masuk ke dalam rumah Rasulullah SAW oleh Ummul Mukminin. Dia diberi saranan oleh Ali bin Abi Talib, sehingga dia berbicara di masjid Nabi tanpa dihina oleh para sahabat.
Imam Ibnu Majah menyatakan, Nabi sangat menghormati para delegasi sehingga berkata: “Ketika datang seseorang yang dihormati dari suatu kaum kepada kalian maka muliakanlah dia”. Dalam hal menghormati mereka juga termasuk menghormati agama mereka dengan membenarkan para utusan menjalankan ibadah sepertimana kisah duta Kristian dari Najran yang beribadah di Masjid Nabi (rujuk Ibnu Saad dalam Tabaqat).
Nabi juga menunjukkan sikap yang begitu agung ketika menerima kunjungan para duta. Baginda akan mengenakan pakaian yang indah dan kemas sepertimana dikatakan Imam Al Bukhari, sampaikan ada sahabat yang menghadiahkan baju cantik agar Rasulullah SAW mengenakan ketika sambut delegasi negara luar.
Kunjungan Obama dan sikap Muslimin
Begitulah aturan yang ditetapkan oleh syariat Islam dan telah dipraktiskan oleh Rasulullah SAW serta para sahabat. Lalu ketika kita mendengar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ingin mengunjungi negara kita maka apakah dalil yang membolehkan kita untuk mencaci maki serta berdemonstrasi terhadapnya?
Nyata dalil disandarkan hanya akal dan perasaan, tidak ada hadis dan atsar. Kalau adapun pasti bersifat umum sementara kisah dibentangkan di atas bersifat khusus; sehingga dalam kaedah fiqh menyebut dalil khusus perlu ditetapkan.
Lalu akhirnya perbuatan Nabi SAW bukan lagi menjadi pedoman kepada kaum Muslimin hari ini. Begitu juga pemahaman para sahabat terhadap agama Islam tidak lagi menjadi pemahaman yang diikuti walhal Rasulullah SAW bersabda tentang golongan yang selamat lagi lurus di atas Islam adalah golongan yang menjadikan “apa yang aku (Rasulullah SAW) dan para sahabat meniti di atasnya” (At Tirmizi)
Penghormatan inilah yang akhirnya menyebabkan seorang utusan negara kafir Makkah bernama Abu Rafi’ mengucapkan syahadah ketika melihat keunggulan dan kemuliaan umat Islam di Madinah (rujuk Sunan Abu Dawud). Justeru jika benar kita mencintai Nabi dan inginkan Islam dihormati maka ikutilah petunjuk Nabi dalam menghormati para duta dan delegasi mereka walaupun ia kafir.
*Penulis ialah Pengkaji Perbandingan Agama, Mazhab, Falsafah dan Tamadun

DANGDUT SEKSI KE SEKSA...............


REMPIT VS JPJ


WOW!!! YUNA BANGGA DIPELUK JANTAN NEGRO!!

WOW!!! YUNA BANGGA DIPELUK JANTAN NEGRO!!

Posted by MPP On Sabtu, 5 Oktober 2013 1 comments





P/S: Apalah nak jadi kat anak melayu sorang ni...? Bangga sangat lah tu bila boleh berpeluk dengan jantan-jantan negro di Eropah nun... Makan kuah je laa jantan-jantan melayu kat Malaysia ni yee... Huhuhuhu....

(Gambar) Bertowel dengan kekasih, pelajar muat naik foto ke Laman Sosial


(Gambar) Bertowel dengan kekasih, pelajar muat naik foto ke Laman Sosial


on Friday, October 4, 2013
Menakutkan!

Inilah realiti remaja masa kini. Berkelakuan macam suami isteri.

Lihat sahaja pemakaian mereka, hanya bertuala, yang si lelakinya pula, entah pakai entah tidak...



Pasangan ini tanpa segan silu memuat naik foto mereka berbaring dalam keadaan separuh bogel ke laman sosial sambil melafazkan kata-kata cinta dan rindu dendam...

Adakah ini pasangan masa depan yang bakal menggantikan Alvin dan Vivian?





Ibu bapa, pantaulah anak-anak kita bersama...nauzubillah!