Pages

Tuesday, November 12, 2013

Macam-macam....

Pembunuh pegawai bank Ambank boleh akaun simpanan di Ambank gunakan IC palsu.....


Dalam terma perbankan, Mykad dikenali sebagai Government Multi Purpose Card, GMPC. Pada tahun 2007, Bank Negara mengarahkan semua institusi perbankan di Malaysia menggunakan biometric scanner, pengimbas cap jari untuk setiap individu membuka akaun bank. 

Tujuannya untuk memastikan individu membawa MyKad terbabit, pemilik sebenar dokumen itu.

Justeru, bagaimanakah Laode Ardina, disahkan menggunakan MyKad PALSU terlepas daripada melalui proses pengimbasan cap jari di bank sehingga melayakkan dia membuka akaun simpanan?
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gajet rosakkan mata


Woon Pak Seong (kanan) dan Eksekutif Profesional Hal Ehwal Malaysia Hoya Lens Sdn. Bhd., Chong Zhi Lee (tengah) menunjukkan jarak ideal antara mata dan peranti digital yang digunakan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
KANAK-KANAK hari ini menghabiskan banyak masa terluang mereka dengan menonton televisyen atau bermain peranti digital seperti tablet dan telefon bimbit tanpa menyedari perkara tersebut boleh merosakkan mata dan penglihatan mereka.
Pakar Optometrist dari Vision Space Optometrist, Woon Pak Seong, berkata, walaupun kebanyakan kes berkaitan penglihatan terutamanya rabun adalah disebabkan faktor genetik, kecenderungan kanak-kanak terhadap permainan berbentuk visual seperti yang terdapat pada peranti digital juga antara penyebab utama kerosakan penglihatan.
"Selain tempoh masa menggunakan peralatan digital, jarak antara subjek dengan mata serta pencahayaan juga memainkan peranan bagi membantu penjagaan mata," katanya pada bengkel Mendapatkan Penjagaan Penglihatan Lebih Baik bagi Kanak-Kanak, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Bengkel setengah hari anjuran KidZania Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd. itu, khusus bagi kanak-kanak era ini yang tinggal dalam persekitaran digital.
Menurut Pak Seong, jarak ideal bagi seorang kanak-kanak yang sedang menggunakan tablet untuk menonton video dan sebagainya dengan peranti tersebut adalah dalam lingkungan 30 sentimeter.
Begitu juga ketika sedang membaca buku dan televisyen, kerana cahaya memainkan peranan penting bagi mengelakkan kerosakan pada mata.
Menurutnya lagi, penggunaan cahaya lampu siang hari (day light) adalah yang terbaik bagi tujuan pembacaan di dalam rumah.
"Masyarakat hari ini lebih cenderung menggunakan lampu malap yang cahayanya berwarna kuning bagi hiasan dalaman rumah, tanpa menyedari yang lampu berkenaan sebenarnya boleh merosakkan penglihatan terutamanya kanak-kanak," katanya.
Selain itu menurut Pak Seong, , pancaran cahaya biru yang dikeluarkan oleh peranti digital turut menyumbang kepada gejala seperti keletihan mata.
Ini seterusnya menyebabkan seseorang menjadi rabun jika tidak menggunakan cermin mata yang dapat menapis cahaya tersebut.
Bertemakan Mata dan Anda, bengkel tersebut turut memberikan panduan dan tip praktikal mengenai penjagaan mata serta kepentingannya, kepada lebih 50 kanak-kanak serta ibu bapa yang hadir.
Selain itu para peserta juga dididik mengenai tip pemakanan bagi mengekalkan mata yang sihat serta diberikan panduan mengenai pemeriksaan mata yang betul.
Sementara itu, Pengurus Besar KidZania Kuala Lumpur, Susanah Abdul Rani berkata, pihaknya berbesar hati dapat memberikan satu pengalaman menyeronokkan kepada kanak-kanak yang turut serta dalam bengkel itu.
Katanya, program tersebut turut mendedahkan peserta tentang penggunaan minimum peranti digital dengan merasai sendiri aktiviti yang ditawarkan di taman tema kanak-kanak itu.
"Dalam era digital hari ini, penggunaan alatan digital tidak dapat dielak sama ada untuk tujuan hiburan mahupun pelajaran.
"Sebagai sebuah taman tema untuk kanak-kanak, menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan pendidikan dan maklumat yang akan memberi kuasa kepada kanak-kanak untuk gaya hidup lebih sihat," ujarnya.
Bengkel tersebut adalah salah satu acara dalam siri bengkel khusus untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang dianjurkan oleh KidZania Kuala Lumpur.
Ia bertujuan untuk menyediakan satu pengalaman yang holistik, bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada ibu bapa.
Pada bengkel yang sama, Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd. turut melancarkan kempen terbarunya, Vision 6/6, yang memberikan peluang kepada orang ramai menyumbangkan bingkai cermin mata terpakai bagi diagihkan kepada rumah anak-anak yatim dan warga tua di seluruh negara.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pump gun dalam longkang


ANGGOTA polis memegang pump gun dan kotak peluru yang ditemukan dalam longkang di Persiaran Penaga, Subang Jaya, pagi semalam.
SUBANG JAYA 11 Nov. -Selepas sehari suspek utama pembunuhan kejam pegawai AmBank diberkas, polis menemukan selaras pump gun yang dipercayai digunakan dalam kejadian rompakan di bank cawangan itu pada 23 Oktober lalu, di sini hari ini.
Senjata api itu ditemukan dalam longkang berhampiran sebuah kilang alat ganti kereta di Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari bank tersebut pukul 11 pagi ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menjalankan operasi pencarian senjata api itu berdasarkan soal siasat ke atas suspek utama.
"Hasil siasatan awal, suspek memaklumkan telah mencampakkan senjata api itu di sekitar kawasan berkenaan selepas kejadian namun tidak dapat memastikan lokasi sebenarnya.
"Polis menjalankan operasi mencari senjata selama dua jam bermula pukul 9 pagi dan menemukan pump gun serta beberapa butir peluru di lokasi tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan senjata itu hari ini.
Polis semalam menahan pengawal keselamatan warga Indonesia yang merupakan suspek utama kes bunuh seorang pengawai operasi AmBank di sini pada 23 Oktober lalu selepas memburunya selama 19 hari.
Suspek yang nama sebenarnya Loade Ardina Loade Rasila, 35, ditangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pukul 7 pagi semalam selepas terlibat menembak Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat di bahagian kepala dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini.
Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun dan mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

31 pengikut 'Tuhan Harun' diminta tampil


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Sebanyak 31 pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' diminta menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan kes seorang pegawai penguat kuasa agama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),yang mati ditembak di Kuantan semalam.
Kesemua mereka dikehendaki hadir bagi membantu siasatan berhubung kematian Ketua Pegawai Penguat Kuasa jabatan agama itu, Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, yang dilihat lebih cenderung berpunca daripada tugas mangsa membanteras penyelewengan agama dan maksiat.
Jabatan itu difahamkan telah memanggil kesemua 31 pengikut ajaran sesat itu selepas enam lelaki termasuk ketua kumpulan 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang akhbar di sini berkata, polis meminta semua pengikut ajaran sesat itu tampil bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Kita akan melihat siasatan dari semua sudut bidang tugas dan pihak-pihak yang pernah terlibat dengan tindakan penguatkuasaan mangsa.
"Setakat ini polis telah mengerakkan pasukan untuk menemuduga semua yang boleh membantu siasatan termasuk meminta pengikut 'Tuhan Harun' ini tampil membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di sini hari ini.
Sementara itu di PULAU PINANG, Khalid meminta semua pihak tidak membuat spekulasi dengan mengaitkan kes kematian Allahyarham Ahmad Raffli dengan kumpulan Syiah.
Menurutnya, sehingga kini belum ada bukti jelas membabitkan dakwaan sedemikian dan siasatan rapi dari pelbagai aspek sedang dijalankan.
"Biar polis siasat secara mendalam terlebih dahulu. Jangan sewenang-wenangnya membuat pelbagai andaian kononnya kejadian dilakukan oleh pengikut Syiah. Kita akan cari apa motif sebenar kejadian dan penjenayah terbabit sedang diburu," katanya dalam satu majlis di Universiti Sains Malaysia

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Bunuh pegawai JAIP: Polis edar fotofit suspek


FOTOFIT suspek utama kes tembak mati Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik diedarkan oleh polis hari ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN 12 Nov. - Polis hari ini mengedarkan fotofit seorang suspek utama berhubung kes tembak mati Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik di Indera Mahkota 2 di sini kelmarin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, beliau berharap menerusi fotofit itu orang ramai dapat membantu polis dalam mengesan suspek dan seterusnya menyelesaikan kes tersebut. - UTUSAN ONLINE

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri