Pages

Saturday, November 9, 2013

BATAS BAKAL MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BANTAHAN LAUNGAN AZAN DI PUCHONG


Saya dihubungi oleh Pengerusi Badan Amal Tarbiyah Sejagat, BATAS Kuala Langat, Ibrahim Mohamed, 53 tahun, melalui panggilan telefon sebaik selesai bermesyuarat bersama ahli pertubuhan bukan kerajaan, NGO itu.

"Berikutan kejadian bantahan laungan azan didakwa kuat di Surau Ar- Rahman, Taman Tasik Prima Puchong, Selangor,  BATAS Hulu Langat sebulat suara akan membuat satu laporan di Balai Polis Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada hari Selesa, 12 November, selepas solat zuhur, kira-kira pada jam 2 petang," ujar beliau.

Saya difahamkan berlaku pertengkaran di antara 2 lelaki Cina dengan Iman, bilal dan jemaah surau pada kira-kira jam 7 malam, 7 November lalu. Mereka dikatakan penghuni rumah berhampiran surau.


Dijangkakan beberapa NGO lain bakal turut sama berada di balai polis untuk memberikan sokongan padu. Pengamal media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat kes terbabit.

Akhbar Harian Metro melaporkan di sini.

Apapun hak membuat laporan polis, hak semua.
 
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri