Sunday, October 6, 2013
Nasib Pegawal Keselamatan
Nasib Pegawal Keselamatan
on Sunday, October 6, 2013
at
3:32 AM
Saya bekerja sebagai Pegawal Keselamatan. Gaji saya lebih kurang RM 1000
sebulan. Saya sebutkan lebih kurang sebab ramai orang tidak tahu berapa
gaji asas kebanyakan Pegawal Keselamatan. Sebenarnya gaji RM 1000
sebulan yang diwar-warkan kononnya gaji Pegawal Keselamatan tinggi
sekarang ini, hanyalah indah khabar dari keadaan yang sebenarnya. Inilah
pengalaman yang saya alami sendiri bekerja disalah sebuah syarikat
Kawalan Keselamatan.Gaji pokok saya hanyalah RM 650 saja sebulan. Gaji yang saya katakan lebih kurang RM 1000 sebulan kaedah kiraannya macam ini. Saya terpaksa bekerja 12 jam sehari. Tiap-tiap hari biasa bekerja, saya dapat bayaran kerja lebih masa empat jam. Hari-hari cuti samada cuti am atau cuti umum, saya tetap juga bekerja. Hari-hari tersebut saya dapat bayaran kerja lebih masa sebanyak 12 jam.
Pendek kata kalau dalam sebulan itu saya kerja tiap-tiap hari 12 jam termasuk hari cuti maka pendapatan saya lebih dari RM 1000 sebulan. Tapi kalau saya kerja lapan jam sehari, hari cuti saya cuti, maka gaji saya hanyalah RM 650 sebulan. Itu belum lagi ditolak caruman KWSP. Maknanya Pegawal Keselamatan kalau nak pendapatan lebih dari seribu sebulan, terpaksalah bawa anak bini sekali ke pondok pegawal terutama pada hari-hari cuti. Sebab mereka tak ada masa untuk bawa anak bini berjalan-jalan seperti kakitangan kerajaan.
Dalam pada itu seseorang Pegawal Keselamatan yang telah beberapa tahun bekerja, memang ada kenaikan gaji. Misalnya seseorang Pegawal Keselamatan yang telah bekerja lima atau enam tahun gajinya mungkin telah meningkat RM 800 atau RM 900 sebulan. Namun harus diingat kontrak Syarikat Kawalan Keselamatan disatu-satu tempat saling bertukar ganti. Misalnya saya bekerja Pegawal Keselamatan disebuah sekolah yang tidak jauh dari rumah saya. Setelah tiga tahun bekerja dan menikmati kenaikan gaji tahunan, tiba-tiba syarikat kawalan keselamatan tempat saya bekerja tidak lagi disambung kontraknya. Saya terpaksa membuat dua pilihan. Jika ingin bekerja dengan syarikat baru, maka terpaksalah saya terima gaji baru. Kalau gaji yang ditawarkan lebih tinggi dari syarikat dahulu, saya bernasib baik. Tapi kalau syarikat baru menawarkan gaji dan kemudahan yang tidak memuaskan dari syarikat lama, maka pilihan saya mungkin akan terus bekerja dengan syarikat lama.
Namun saya terpaksa ditugaskan ditempat lain pulak. Kalau dekat dengan rumah tidak jadi masalah. Tapi kalau beratus kilometer dari rumah, tentunya tidak berbaloi hanya sekadar menikmati gaji lebih seratus dua. Maka pilihan saya kerja dengan syarikat baru, meskipun terpaksa menerima gaji rendah semula.
Disamping itu, ada juga syarikat pegawal keselamatan menipu helah pekerja. Pegawal Keselamatan yang telah lama bekerja dan gajinya telah agak lumayan, tiba-tiba ditukarkan ditempat jauh. Macam-macam alasan diberikan.Kononnya majikan tempat saya jaga itu mahu pegawal lain. Sebenarnya ini adalah tektik untuk membuang pekerja lama yang telah menerima beberapa kenaikan gaji. Pengawal yang ditukar ke tempat jauh mungkin tak mahu pergi. Jalan mudah mereka mungkin berhenti. Dan inilah peluang syarikat kawalan keselamatan mengambil pegawal baru dengan bayaran gaji permulaan yang murah.
Pendek kata kerjaya sebagai pegawal keselamatan macam bola. Ada kalanya melambung tinggi dan adakalanya jatuh ke tanah. Tapi yang selalu orang lihat yang melambung tinggi itulah, sedangkan penyebab yang melambung itu orang tidak tahu. Macam Pegawal Keselamatan yang dicanangkan pendapatan lebih RM 1000 sebulan, tapi yang menyebabkan mereka dapat RM 1000 sebulan ramai orang tidak tahu iaitu bekerja sehari suntuk dan sebulan penuh tanpa ada hari cuti. Sedangkan gaji pokoknya ramai yang tak ambil berat dalam membela nasib Pegawal Keselamatan. Lagi pun Pegawal Keselamatan sekarang rata-ratanya ada sijil SPM. Malah lepasan Institusi Pengajian Tinggi pun ada yang jadi Pegawal Keselamatan.
Harga gula dan tepung akan naik?
Harga gula dan tepung akan naik?
on Sunday, October 6, 2013
at
4:18 AM
Pertengahan September lalu, Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, Datuk Hassan Malik memberi jaminan harga gula dan tepung
tidak akan naik.Namun, hari ini menteri yang sama memberikan bayangan, kerajaan akan menurunkan subsidi untuk kedua-dua barangan keperluan utama itu.
Penjelasan terperincinya mengenainya akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2014 25 Oktober nanti, lapor akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini.
"Tujuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi. Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat, di mana ekonominya telah tertutup," katanya selepas memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa kepada penjaja kecil di Ipoh, Perak.
Pengguna yang sudah merasai beban kenakan harga minyak sebelum ini diminta Hassan agar melihat secara positif apa yang dibuat kerajaan kerana ia untuk kepentingan kesemua pihak.
"Sesuatu perkara kadang-kadang perlu dibuat. Bagi saya, kepentingan negara harus diutamakan," katanya.
Sebelum ini, Hasan berkata, pengeluar gula dan tepung telah memberi jaminan harga kedua-duanya tidak akan dinaikan.
“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka," kata Hassan sebagaimana yang disiarkan Utusan Malaysia 13 September lalu.
Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga
Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini hanya dilakukan di negara-negara dunia ketiga.
“Praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini dilakukan di mana? Di negara-negara dunia ketiga, negara-negara Afrika yang hanya ada pembantu kesihatan.
“Kita tak boleh berbuat sedemikian. Malaysia ada tarafnya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui, semalam.
Beliau berkata demikian ekoran Klinik 1Malaysia yang di bawah Gagasan 1Malaysia itu tidak mempunyai pegawai perubatan bertauliah.
“Kritikan utama Klinik 1Malaysia adalah tidak mempunyai pegawai perubatan yang bertauliah…ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.
“Bukan saya yang buat undang-undang. Saya merujuk pada kenyataan Malaysia Medical Association. Yang rangka undang-undang itu kerajaan,” katanya.
Izzah akui ada menerima aduan berhubung perkara tersebut.
“Ya saya ada terima aduan. Misalnya, seorang ini menghidap kudis buta. Kudis buta sedang berdarah, dia pergi ke Klinik 1Malaysia, tidak ada doktor di klinik tersebut pada waktu tersebut.
“Maka, pesakit tidak boleh diberikan ubat yang terkawal,” katanya.
Malah katanya, negara memiliki ramai pegawai perubatan yang bertauliah.
“Nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia, agak tinggi. Kita ramai pegawai perubatan, hanya mereka membuka klinik-klinik persendirian.
Jadi, kalau kerajaan wujudkan satu klinik, tentu harus selaras dengan garis panduan dan undang-undang sedia ada,” katanya. – Sinar Harian
K'jaan tak mahu warga asing nikmati KR1

K'jaan tak mahu warga asing nikmati KR1M
|
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata ini kerana KR1M diwujud sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.
"Kalau ini hasrat daripada rakyat, kita akan buatkan dasar kerana KR1M adalah subsidi dan bantuan yang disediakan kerajaan (untuk rakyat Malaysia). Kita tidak mahu orang luar (warga asing) menerima kemudahan yang sama.
"Kalau ada cadangan, saya akan cuba bawa ke kabinet atau dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kerana kerajaan sangat prihatin terhadap suara rakyat. Tetapi setakat hari ini, kita benarkan (warga asing membeli di KR1M)," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen kesedaran pengguna bersama skuad pengguna dan ketua masyarakat di Shah Alam hari ini.
Hasan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar kerajaan mengehadkan hanya rakyat tempatan dibenar membeli barangan di KR1M.
Sehingga kini, sejumlah 99 KR1M beroperasi di seluruh negara, yang menawarkan sebanyak 397 produk berjenama 1Malaysia pada harga lebih rendah sehingga 50 peratus berbanding barangan sama daripada jenama lain.
Terdahulu, dalam ucapannya, Hasan berkata skuad pengguna terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang berperanan menyalurkan aduan berhubung harga barangan dan sebagainya kepada kementerian untuk diambil tindakan susulan dengan segera.
"Peranan skuad pengguna amat besar impaknya dalam aktiviti penawaran dan permintaan dalam pasaran ekonomi negara ini kerana suara pengguna yang bergabung dapat mewujudkan mekanisme desakan yang kuat.
"Penglibatan ketua masyarakat dalam skuad pengguna ini akan lebih memudahkan penyebaran ilmu kepenggunaan kepada masyarakat," katanya sambil menambah setakat ini, skuad pengguna dianggotai sejumlah 152,237 orang.
Beliau berkata KPDNKK memberi kuasa kepada sejumlah 688 penghulu dan penggawa di seluruh negara untuk menguatkuasakan tiga undang-undang iaitu Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 di kawasan masing-masing.
- Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)