Pages

Saturday, November 16, 2013

2 Wanita Melayu Kongsi Bilik Dengan Jantan Afrika

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Jabatan Imigresen rasuah atau takut takda tolo...

KDN HARUS MENGARAHKAN JABATAN IMIGRESEN DISIASAT KERANA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PULUHAN BURUH PENCUCI KENDERAAN BANGLADESH

Semalam Kementerian Dalam Negeri, KDN, mengarahkan polis menyiasat dakwaan sebilangan kakitangan Jabatan Imigresen bertugas di KLIA dan LCCT disogok minima RM10,000 untuk membenarkan setiap pendatang haram dari India dan Bangladesh masuk ke Malaysia.

Baguslah, sudah tiba waktunya kedaulatan negara kita tidak terus dilacurkan kepada warga asing.

Awal September lalu, saya telah mendedahkan kes puluhan buruh warga Bangladesh bekerja mencuci kenderaan di Bandar Baru Sungai Buloh dan Paya Jaras, Selangor. 

Saya tidak membuat tanggapan kerana menemu bual sendiri pekerja terbabit di lokasi.


Mereka dibawa masuk ke negara kita untuk bertugas di restoran menggunakan permit sektor perkhidmatan tetapi dipaksa mencuci kenderaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen sendiri mengakui, TIADA permit dikeluarkan kepada pendatang asing untuk mencuci kenderaan. Maksudnya, mereka semua MENYALAHGUNAKAN permit kerja sekaligus boleh diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Semua lokasi pekerja haram itu berkumpul telah saya kongsikan bersama Jabatan Imgresen, klik di sini.


Menurut penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, semua 5 premis mencuci kenderaan terbabit TIDAK memiliki lesen beroperasi. 


Hairannya, tiada tindakan diambil, klik di sini dan di sini.

Pada 9 September 2013, saya menghantar maklumat itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad melalui facebook beliau. Mungkin kerana saya ini hanya blogger picisan, lalu tidak diendahkan. Tiada langsung respon.

Justeru, saya amat berharap, KDN mengarahkan kes ini disiasat secara terperinci. 

Klik di sini untuk melihat bukti.

Sila baca kronologi liputan saya lakukan di sini.

Apakah penghalang utama penguat kuasa Jabatan Imigresen tidak mengambil tindakan selama ini? Buruh warga asing jelas melanggar undang-undang di hadapan mata, dibiarkan begitu sahaja.

Sungguh pelik bin ajaib.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Cina bagi makan usus babi pada ikan patin, talapia, keli. Melayu jadi pembeli?

Rawang kawasan wakil rakyat Gan Pei Nei hasil pilihan Melayu Rawang. Seorang pemilik perusahaan pemprosesan babi milik cina tanpa lesen menjadikan organ dalaman iaitu usus babi sebagai makanan ternakan kepada ikan patin, ikan talapia dan ikan keli sebelum dijual dan dipasarkan pada peniaga peniaga cina. Sumber mengatakan ikan patin, ikan talapia dan ikan keli yang dipasarkan oleh peniaga cina ini adalah khas untuk pelanggan Melayu.



Ikan patin, ikan talapia dan ikan keli itu diternak dengan menggunakan kaedah sangkar di lombong dan kolam berhampiran. Penemuan itu dibuat dalam satu operasi bersepadu yang diketuai oleh Unit Tindakan Khas (UTK) Dipertua Majlis Perbandaran, C Paramasivam, di Jalan Kundang, Kampung Sungai Bakau.Cina ini akhirnya bertengkar dan menghalang penguatkuasa dengan berkata:

shahie70.blogspot.com


"kenapa tidak boleh beri makan usus babi pada ikan saya? bukankah kami sudah bayar cukai, sepatutnya ini hak kami dan hak rakyat untuk beri makan usus pada ikan. Yang tak boleh makan babi itu hanyalah Melayu. Jadi itu adalah masalah peribadi, mana boleh tangkap saya gunakan masalah peribadi. Lagipun tiada Melayu mati lagi makan ikan saya ini. Jika ikan saya tak boleh beri makan usus babi, inilah punca rasis."





"You kena beri kebebasan untuk kami beri makan apa sahaja, kerana kami sudah bayar cukai. lesen berniaga nanti saya apply la, ramai juga orang tak apply lesen, betul double standard la you ni! janganlah menidakkan hak orang cina. apa guna orang cina bayar cukai jika tak boleh beri ikan saya makan usus babi? Wakil Rakyat Rawang pun tidak marah, you mau kacau pula!" -kata pemilik pengusaha cina tersebut.

Operasi turut dijalan ke atas dua premis kilang cina yang membuat tauhi kering dimana membuat tauhu bersebelahan tempat proses babi di Taman Perindustrian Puteri Permai. Paramasivam memberikan notis 30 hari sebelum premisnya dikenakan tindakan roboh, sita dan kompaun RM6000 diatas pelbagai kesalahan. Antara kesalahannya adalah:

1.berniaga tanpa lesen iaitu secara haram
2.menyimpan daging babi tanpa lesen
3.tidak mematuhi prosedur penyediaan makanan
4.memberi tali perut babi dan usus kepada ikan

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Warga emas maut diragut...Tak Perikemanusiaan Langsung

SEREMBAN: Perjalanan pulang dua beranak ke rumah berakhir dengan tragedi memilukan apabila ibunya maut selepas motosikal dibonceng ditendang peragut di Jalan Tuan Haji Said, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 petang itu, mangsa Jamariah Akhir, 64, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala anak perempuannya, Norain Mohd Yusof, 23, cedera ringan di kaki serta tangan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, mangsa bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Sikamat selepas mengambil Jamariah yang bekerja sebagai pencuci di sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini.

"Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan mahu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal itu.

"Siasatan awal mendapati, berlaku tarik-menarik antara kedua-dua mangsa dan peragut menyebabkan salah seorang suspek menendang motosikal mangsa," katanya kepada Harian Metro, di sini.

Katanya, akibat tendangan itu, kedua-dua mangsa jatuh dan Jamariah maut di tempat kejadian.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Batal pendaftaran: Karpal menipu, kata Naib Ketua Pemuda PAS...Ambil Kau Siapa Yang Berbohong?

AMaran Lagi...hari tu Ketua Pemuda bagi amaran senyap...kata utusan Spin...Semua peminpin Pas pakat wak keluar alasan ..petua untuk menghalalkan apa yang dikatakan Kapai seng....Mahpud siap terima kasih lagi...kat kapai seng...TGNA kata tu peribadi...kita nak tengok TOK Naib Ketua Pulak ...Sing ada takut ka...silap2 pi pusin kata kerja UMNO / BN..

SHAH ALAM: Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Iskandar hari ini mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong berhubung kenyataannya pada sidang akhbar di Pulau Pinang 5 November lalu agar pendaftaran PAS dibatalkan.

Pemuda PAS meneliti rakaman 24 minit sidang akhbar tersebut dan mendapati bahawa Karpal memang menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.

"Pada minit keenam rakaman, kami mendengar Karpal berkata bahawa 'Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya.

"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS," kata Raja Ahmad.

Kata Raja Ahmad, Karpal mengulangi kenyataan tersebut apabila diasak oleh wartawan, malah didakwa mengakui bahawa kenyataan beliau mungkin membuat rakan-rakan Pakatan Rakyat beliau tidak berpuas hati.

"Oleh itu, Pemuda PAS menuntut bahawa Karpal meminta maaf kepada PAS untuk meminta pembatalannya," kata beliau.

Beliau dalam pada itu meminta kepimpinan DAP mengambil tindakan terhadap Karpal lantaran cubaan menjejaskan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Justeru Raja Ahmad memberi amaran bahawa Pemuda PAS akan mengambil tindakan sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sogok Imigresen: KDN arah polis siasat...Inilah Padahnya Jika Nak Kaya Cepat...Rosak Nama KErajaan Saja

shahie70.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengarahkan polis membuat siasatan berhubung dakwaan terdapat pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, menerima sogokan dari sindiket tertentu bagi melepaskan warga asing yang diseludup menggunakan dokumen palsu.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan siasatan ke akar umbi akan dilakukan.
 
"Saya terperanjat, sedih dan marah mendengar perkara ini. Saya akan mengarah polis membuat selidikan ke akar umbi untuk menjejak mereka yang bertanggungjawab.
 
"KDN tidak teragak-agak mengambil tindakan dan membawa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, tidak kira dia ialah pegawai dalaman dan sebagainya," kata beliau.
 
Wan Junaidi memberitahu demikian kepada Bernama sebagai mengulas laporan akhbar hari ini yang mendedahkan setiap pegawai imigresen paling kurang disogok RM10,000 bagi setiap warga asing.
 
Menurut laporan itu, sindiket hanya dikesan awal tahun ini tetapi dipercayai sudah menjalankan kegiatan ITU sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan warga asing India dan Bangladesh sebagai sasaran.  - Bernama

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri