Pages

Tuesday, October 29, 2013

PENGAKUAN PENGAWAL KESELAMATAN HARAM

PENGAKUAN PENGAWAL KESELAMATAN HARAM

"Mana awak punya rumah?," soal pengawal keselamatan sewaktu saya memasuki kawasan perumahan di SS2, Petaling Jaya, Selangor.

Wajahnya garang, tanpa senyuman namun penampilan sebegitu gagal menakutkan saya. 




"Sebab apa pula saya kena bagi tahu di mana saya punya rumah?," soal saya kembali.

"Saya sini punya security guard," balasnya. 

Daripada loghat percakapannya, sudah cukup memberikan saya maklumat berhubung identiti warga asing itu.

"Awak Bangladesh punya orang?," tanya saya dengan nada serius.

"Ya," jawabnya.

"Ok. Ini Malaysia punya undang-undang cakap, Bangadesh punya orang tidak boleh bekerja menjadi security guard, faham? Kalau sekarang, saya panggil polis, polis boleh tangkap awak, betul? Kalau polis boleh tangkap awak, sebab apa mahu tanya saya punya rumah di mana? Awak siapa?,"  soal saya.

"Betul," balasnya.

Tiada lagi saya lihat warga garang dipamerkan pada awalnya.


Tidak pernah pula saya mendengar nama syarikat Security Services. Jika itu nama syarikat, pasti tidak terkenal berbanding nama syarikat pembunuh di bawah, pernah berkhidmat selama kira-kira setahun.


"Sekarang awak cerita dari awal, bila datang ke Malaysia? Dulu kerja apa? Kemudian kerja apa? Bagaimakah awak boleh bekerja manjadi security guard di sini," pinta saya.

Mujur dia tidak langsung membantah.

"Saya tahun 2008, Malaysia mari, kerja itu construction sana Kuala Lumpur. Saya punya kaki itu kayu ada jatuh, sudah sakit. Sana kerja 3 tahun, Johor Bahru pergi, kerja itu electronic factory, 2 tahun tetapi saya kaki lagi sakit. Saya punya kawan, Nepal mari, cakap, ada itu kerja senang. Jadi security guard tapi gaji banyak murah. Satu ribu satu ratus satu bulan. Satu ratus bayar itu sewa rumah," jelasnya.

Lelaki Nepal, bekas pekerja kilang itu juga menurutnya kini turut bertugas sebagai pengawal keselamatan bersamanya. 

"Awak punya permit kerja, (dalam bidang) construction? Boleh kerja security guard ke?," soal saya kepada ayah 3 anak itu.

"Tidak," jawabnya ringkas.

Benar, kerana dia menyalahgunakan permit dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sekaligus melanggar Akta Imgresen 1959/63 sejak 3 bulan lalu.


Tatkala saya asyik menemu bual pengawal haram berasal dari bandar kecil, 700 kilometer dari Dhaka itu, melintas seorang gadis remaja. Bayangkan penduduk setempat mungkin tidak langsung mengetahui identiti pengawal haram itu kerana mereka hanya melihat lelaki berseragam dimomokkan bertugas menjaga keselamatan harta benda mereka. Dia bebas bergerak di kawasan penempatan itu, siang dan malam. Walhal dia berkebarangkalian menggugat keselamatan anak gadis seperti itu dan kemudian memboloskan diri. Jika dia merompak rumah mewah kononnya 'dijaga', pihak berkuasa bakal sukar mengenal pasti identitinya yang sebenar.

"Berapa ramai lagi, kawan awak kerja security guard (haram) di sini?," tanya saya tenang.

"Semua ada 7 orang, siang 3 orang jaga, malam 4 orang," jelasnya.


Selesai mengumpulkan maklumat terperinci, saya kemudian menghubungi Ketua Balai Polis Seapark, Inspektor Gunam Resul Gunam Mohamad dan memohon pemeriksaan dilaksanakan dengan kadar segera terhadap semua pengawal keselamatan bertugas di kawasan perumahan itu.

Beliau berjanji akan memaklumkan kepada saya perkembangan kes ini.

Alhamdulillah Jabatan Pendaftaran Negara telah memulakan Ops ID pagi tadi, memeriksa identiti lebih 800 pengawal keselamatan, klik di sini.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Video fizo omar melamar mawar....

Video Romantik Fizo Omar Melamar Mawar Abdul Karim. Mesti Tonton. Mengalir Air Mato Jantan Gua Bhai!


on Tuesday, October 29, 2013
Video romantik Fizo Omar melamar Mawar Abdul Karim. Pada 28 ogos 2013, adalah tarikh yang amat bermakna buat Mawar apabila telah dilamar dengan cara paling romantik di Cathay Cineplex e@Curve. Fizo Omar dengan bantuan Paranormal Talents telah menghasilkan sebuah video gimik yang berjudul wedding proposal. Video gimik trailer berdurasi 5.59 minit itu ditayangkan dalam pawagam dan ditonton oleh Mawar bersama penonton yang lain. Pada akhir gimik tersebut, Mawar terkejut apabila Fizo Omar masuk kedalam panggung dan melamar sambil memegang bunga ros.



Untuk info, pasangan ini akan melangsungkan tarikh pernikahan pada 10 November 2013. Mawar juga adalah pemilik kepada perniagaan tudung jenama Fareeda yang kini meningkat naik di Malaysia.





Video Romantik Fizo Omar Melamar Mawar Abdul Karim


 

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

JPN akan periksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan

JPN akan periksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat dan pelaksanaannya tidak membabitkan tempoh masa.

"Pemeriksaan yang melmbabitkan lebih daripada 600 syarikat kawalan keselamatan ini akan membabitkan pengawal bersenjata dan tidak bersenjata," katanya kepada media selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di pejabatnya di sini hari ini.

Zahid berkata pihak juga akan meneliti cadangan agar syarikat kawalan keselamatan diklasifikasi mengikut kategori.    

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat ada pihak menggunakan lesen syarikat kawalan keselamatan dan permit senjata api untuk tujuan lain.

"Kami telah mendapat maklumat mengenai perkara ini dan tunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian dalam masa terdekat," katanya.

Langkah yang diambil pihak berkuasa ini susulan kejadian seorang pengawal keselamatan yang memperoleh pekerjaan itu menggunakan kad pengenalan palsu menembak mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.

Dalam kejadian Rabu lalu, pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak pengawal keselamatan terbabit ketika membuka peti besi di bilik kebal bank itu di Jalan USJ 2, Subang Jaya.

Rentetan itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971, sementara siasatan polis mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Suami cemburu tikam isteri

Suami cemburu tikam isteri


on Monday, October 28, 2013
KUALA LUMPUR: Akibat cemburu dan sangsi isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pekerja ladang menikam isterinya beberapa kali di bahagian badan hingga menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian di kuarter pekerja Ladang Bukit Darah, Kundang, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa, K Murugamal, 36, juga bekerja di ladang kelawa sawit yang sama bersama suaminya yang baru keluar penjara 12 Oktober maut di hadapan rumah jiran mereka yang terletak selang tiga rumah daripada rumah pasangan itu.



Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu dipenjarakan lima bulan 10 hari sejak awal tahun lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan memukul isterinya selain kesalahan mengugut.





Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 9.40 malam yang menyatakan berlaku pergaduhan suami isteri dan si isteri pengsan manakala suaminya sudah melarikan diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa sudah meninggal dunia di hadapan rumah dan siasatan mendapati pergaduhan mangsa bersama suspek berlaku di rumah mereka sebaik suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Sebaik membuka pintu rumah, suspek bergaduh dengan mangsa dengan menuduh dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum menikam mangsa,” katanya.

Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Alam Jaya awalpada 27/10/2013 dan ditangkap


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah


on Monday, October 28, 2013
Awal bulan ini kami ada menulis khabar angin yang mengatakan pasangan Ashraf Muslim & Wan Sakinah akan mengadakan majlis resepsi di kampung pengantin perempuan di Ipoh, Perak sekitar bulan November akan datang.








Rupa rupanya majlis resepsi perkahwinan pasangan ini telah pun berlangsung semalam & hari ini kami ada menerima beberapa keping gambar sekitar majlis tersebut yang dirakamkan oleh jurugambar professional, Colour Pictures.





Tidak banyak yang boleh kami tulis tentang resepsi perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah setakat ini, namun sementara maklumat sampai eloklah anda semua yang ingin menatap wajah pengantin baru ini layari seleksi gambar di’bawah. Enjoice!


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri