PENGAKUAN PENGAWAL KESELAMATAN HARAM
"Mana awak punya rumah?," soal pengawal keselamatan sewaktu saya memasuki kawasan perumahan di SS2, Petaling Jaya, Selangor.
Wajahnya garang, tanpa senyuman namun penampilan sebegitu gagal menakutkan saya.
"Sebab apa pula saya kena bagi tahu di mana saya punya rumah?," soal saya kembali.
"Saya sini punya security guard," balasnya.
Daripada loghat percakapannya, sudah cukup memberikan saya maklumat berhubung identiti warga asing itu.
"Awak Bangladesh punya orang?," tanya saya dengan nada serius.
"Ya," jawabnya.
"Ok. Ini Malaysia punya undang-undang cakap, Bangadesh punya orang tidak boleh bekerja menjadi security guard,
faham? Kalau sekarang, saya panggil polis, polis boleh tangkap awak,
betul? Kalau polis boleh tangkap awak, sebab apa mahu tanya saya punya
rumah di mana? Awak siapa?," soal saya.
"Betul," balasnya.
Tiada lagi saya lihat warga garang dipamerkan pada awalnya.
Tidak pernah
pula saya mendengar nama syarikat Security Services. Jika itu nama
syarikat, pasti tidak terkenal berbanding nama syarikat pembunuh di
bawah, pernah berkhidmat selama kira-kira setahun.
"Sekarang awak
cerita dari awal, bila datang ke Malaysia? Dulu kerja apa? Kemudian
kerja apa? Bagaimakah awak boleh bekerja manjadi security guard di sini," pinta saya.
Mujur dia tidak langsung membantah.
"Saya tahun 2008, Malaysia mari, kerja itu construction sana Kuala Lumpur. Saya punya kaki itu kayu ada jatuh, sudah sakit. Sana kerja 3 tahun, Johor Bahru pergi, kerja itu electronic factory, 2 tahun tetapi saya kaki lagi sakit. Saya punya kawan, Nepal mari, cakap, ada itu kerja senang. Jadi security guard tapi gaji banyak murah. Satu ribu satu ratus satu bulan. Satu ratus bayar itu sewa rumah," jelasnya.
Lelaki Nepal, bekas pekerja kilang itu juga menurutnya kini turut bertugas sebagai pengawal keselamatan bersamanya.
"Awak punya permit kerja, (dalam bidang) construction? Boleh kerja security guard ke?," soal saya kepada ayah 3 anak itu.
"Tidak," jawabnya ringkas.
Benar, kerana
dia menyalahgunakan permit dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
sekaligus melanggar Akta Imgresen 1959/63 sejak 3 bulan lalu.
Tatkala saya
asyik menemu bual pengawal haram berasal dari bandar kecil, 700
kilometer dari Dhaka itu, melintas seorang gadis remaja. Bayangkan
penduduk setempat mungkin tidak langsung mengetahui identiti pengawal
haram itu kerana mereka hanya melihat lelaki berseragam dimomokkan
bertugas menjaga keselamatan harta benda mereka. Dia bebas bergerak di
kawasan penempatan itu, siang dan malam. Walhal dia berkebarangkalian
menggugat keselamatan anak gadis seperti itu dan kemudian memboloskan
diri. Jika dia merompak rumah mewah kononnya 'dijaga', pihak berkuasa
bakal sukar mengenal pasti identitinya yang sebenar.
"Berapa ramai lagi, kawan awak kerja security guard (haram) di sini?," tanya saya tenang.
"Semua ada 7 orang, siang 3 orang jaga, malam 4 orang," jelasnya.
Selesai
mengumpulkan maklumat terperinci, saya kemudian menghubungi Ketua Balai
Polis Seapark, Inspektor Gunam Resul Gunam Mohamad dan memohon
pemeriksaan dilaksanakan dengan kadar segera terhadap semua pengawal
keselamatan bertugas di kawasan perumahan itu.
Beliau berjanji akan memaklumkan kepada saya perkembangan kes ini.
Alhamdulillah Jabatan Pendaftaran Negara telah memulakan Ops ID pagi tadi, memeriksa identiti lebih 800 pengawal keselamatan, klik di sini.
Alhamdulillah Jabatan Pendaftaran Negara telah memulakan Ops ID pagi tadi, memeriksa identiti lebih 800 pengawal keselamatan, klik di sini.
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment