Pages

Friday, October 11, 2013

Marah pemandu, pengawal peribadi didakwa tunjuk pistol

Marah pemandu, pengawal peribadi didakwa tunjuk pistol
4:25PM Okt 11 2013  
Berang dengan tindakan seorang lelaki dan rakannya yang memandu laju di sebuah kawasan perumahan, seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya didakwa menahan kereta itu lalu menendangnya sehingga kemik.
  
Dalam kejadian di Taman Mutiara Rini di Johor Bahru Rabu lepas, mereka didakwa turut mengarahkan kedua-dua lelaki itu keluar daripada kereta dan apabila enggan, seorang daripada pengawal peribadi itu didakwa mengangkat bajunya bagi menunjukkan sepucuk pistol yang tersisip di pinggang.
  
Mangsa berusia 20-an yang takut dengan ancaman itu kemudiannya melarikan diri lalu membuat laporan polis pada 10.30 malam.
  
Susulan laporan itu, sepasukan polis telah menahan ketiga-tiga suspek berkenaan dan merampas dua pucuk pistol jenis Glock, 22 butir peluru, dua sarung pistol, empat salinan borang lesen senjata api dan sebuah kereta Proton Wira berwarna biru.
  
"Perselisihan faham di antara mereka dipercayai berlaku apabila suspek berang dengan mangsa yang memandu kereta secara laju di kawasan taman perumahan," kata ketua polis daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad dalam satu
sidang akhbar hari ini.
  
Menurut beliau, suspek berusia 30an itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Noor Hashim menasihati supaya mana-mana pihak yang dibekalkan senjata api untuk melakukan tugas kawalan keselamatan atau sebagai pengawal peribadi agar tidak menyalahguna senjatapi berkenaan.
  
"Senjatapi yang dibekalkan itu adalah untuk melindungi diri apabila terancam dan tidak boleh disalahgunakan," katanya sambil menambah adalah salah untuk menunjuk-nunjuk senjata kepada orang lain kerana ia boleh dianggap sebagai melakukan ugutan jenayah.
  
Dalam perkembangan lain, polis menahan tiga suspek yang menyamun dua lelaki di hadapan sebuah kilang di kawasan Lima Kedai, Gelang Patah, Rabu lepas.

Dalam kejadian lebih kurang 1.30 pagi itu, kedua-dua mangsa telah dipukul dengan menggunakan kayu dan topi keledar sebelum wang tunai dan telefon bimbit mereka disamun.
  
Bagaimanapun, mangsa berkenaan dapat menangkap seorang daripada suspek terbabit semasa cuba melarikan diri dengan rakan suspek yang lain.
  
Susulan tangkapan itu, sepasukan polis telah pergi ke kawasan ternakan lembu di Taman Setia Eco Garden serta Taman Nusajaya Mas dan menangkap dua lagi suspek terbabit.
  
Polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Samsung milik mangsa, sebuah topi keledar yang digunakan untuk memukul mangsa dan sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian samun itu.
  
Suspek yang berumur antara 18 hingga 21 tahun itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam.
  
asil siasatan awal, mereka mengaku terlibat dalam lima kes samun di daerah Nusajaya dan Johor Baharu Utara.

4 geng Ah Fatt ditembak mati selepas samun rumah VVIP

4 geng Ah Fatt ditembak mati selepas samun rumah VVIP
7:34PM Okt 11 2013  
Empat lelaki asing yang dipercayai anggota 'Geng Ah Fatt' ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat ibunegara selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi.
  
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.
  
Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas.
  
"Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun.
  
"Pada masa yang sama, polis juga menemui barang kemas dipercayai hasil samun di rumah di Bukit Antarabangsa yang dilakukan pada kira-kira 3 pagi tadi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Susulan serbuan itu, beliau berkata polis menangkap seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai baru selesai membeli barang kemas samun itu di rumah pangsa berkenaan.
  
Mohmad berkata rumah pangsa itu juga dipercayai didiami seorang daripada penjenayah itu dan keluarganya selain ia dijadikan transit anggota kumpulan berkenaani untuk melakukan jenayah sebelum melarikan diri ke Batam, Indonesia.
  
Beliau berkata siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan samun rumah VVIP di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.

"Polis sedang mengumpul laporan yang dibuat pengadu berkaitan kumpulan yang dianggotai enam orang ini.
  
"Sebelum ini, mereka melakukan kes sama di rumah seorang VVIP di Kuala Lumpur dan menyamun tiga pucuk pistol," katanya.

Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu.

"Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis.

Minta perhatian semua. Kisah ini berlaku pada salah seorang yang aku kenali..

"Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..

Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC. Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank. So dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga. Dia suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank, mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut. Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093. Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak boleh check. Suara dia dah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun. Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku kat Balai Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot, serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.

Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita sahaja."