Minta perhatian semua. Kisah ini berlaku pada salah seorang yang aku kenali..
"Just nak share ngan korang, aku bru buat repot polis..
Lebih kurang pukul 4ptg, ada sorang lelaki yg mengaku pegawai Ambank
call aku, no phone yg appear adalah 1800808888. Dia kata nak sahkan
penggunaan kad kredit aku RM3000 kat Poh Kong, KLCC.
Aku ckp aku xde kredit kad, akaun atau apa2 urusniaga dgn Ambank. So
dia kata mungkin ade org guna nama aku untuk apply kredit kad. Aku suruh
dia beritahu aku apa maklumat aku dlm sistem Ambank, tp dia kata dia
hanya bahagian pengesahan, x boleh check maklumat. Aku dah curiga. Dia
suruh aku complain kat Bank Negara 0327885082. Aku buka website Ambank,
mmg talian hotline diaorg 1800808888. Aku call no Bank Negara yg dia
bagi tu dan lelaki India, Vijaya yg angkat. Lepas aku cerita, dia kata
pegawai penyiasat Bank Negara akan call aku untuk dpt maklumat lanjut.
Tak sampai 15 minit, lelaki cina pulak, Lim call aku dr no 0327885093.
Dia kata Bank Negara akan bantu aku untuk membekukan sementara semua
kredit kad aku bagi memudahkan siasatan. Dia suruh aku transfer duit
dari mana-mana akaun simpanan yg lain ke dalam satu sahaja sebab dia
akan bekukan juga akaun-akaun yg lain tu. Dia tanya aku berapa banyak
duit aku dlm akaun2 tu, tapi aku cakap dia kan Bank Negara, tak kan tak
boleh check. Suara dia dah lain. Dia suruh aku pergi bank dan call dia
bila sampai kat bank sebab dia akan ajar aku cara nak kemaskini akaun.
Aku cakap ok. Aku call Ambank guna 1800808888 dan Ambank sahkan tiada
apa2 rekod aku dgn Ambank dan mengatakan yg Ambank sendiri telah
menerima banyak aduan. Dlm 10 minit dia call lagi, tanya aku dah pergi
bank atau belum. Aku cakap on the way. Tapi, sebenarnya aku kat Balai
Polis. Masa tgh buat repot, dia call lagi tp dah mula marah2 sebab
kononnya kena kerja overtime nak handle kes aku (baiknya 'pegawai Bank
Negara' tu). Aku terus cakap dengan dia yg aku tengah buat polis repot,
serta merta dia letak telefon. Pegawai Penyiasat IPD Gombak beritahu
aku, hari ini sahaja mereka telah menerima 5 laporan yg sama.
Mohon share dengan orang lain supaya lebih berhati-hati dan buat
pengesahan dengan bank berkenaan sebelum buat apa-apa. Mereka skrg ada
teknologi supaya nombor telefon yg tertera di handphone kita adalah sama
dengan nombor bank. Mereka hanya perlu nama dan no telefon kita
sahaja."
No comments:
Post a Comment