Pages

Wednesday, November 6, 2013

Pemilik taska Permata Harapan, Taman Melati diminta serah diri

Pemilik taska Permata Harapan, Taman Melati diminta serah diri

KUALA LUMPUR: Polis hari ini meminta pemilik Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati dekat sini, yang didakwa mendera kanak-kanak yang diasuhnya, supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Wanita itu yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35, telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 November lalu.
         
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mempunyai enam anak dan suaminya, pemandu teksi.
           
"Wanita itu diminta tampil memberikan kerjasama di mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.
         
Beliau berkata, polis telah menahan dua pengasuh wanita tempatan yang bekerja di taska itu, masing-masing berumur 22 dan 31 tahun, pada Isnin lalu dan mereka direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak.
         
Ku berkata, setakat ini polis menerima lima laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Oktober dan 4 November lalu.

"Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana adanya kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska itu," katanya.
         
Kes berkenaan dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk tindakan lanjut.
         
Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Revolver Dan Semi Auto Jadi Pilihan Penjenayah Untuk Diseludup Ke Malaysia

Revolver Dan Semi Auto Jadi Pilihan Penjenayah Untuk Diseludup Ke Malaysia 



 KUALA LUMPUR: Mudah dilerai dan disembunyikan dalam bahagian tertentu kenderaan ketika melepasi sempadan terutama sempadan Malaysia-Thailand, menjadi faktor mengapa senjata api jenis ‘Revolver’ dan ‘Semi Auto’ menjadi pilihan penjenayah untuk diseludup ke negara ini.

Berdasarkan risikan polis, dua pistol jenis itu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran gelap selain harganya murah dan sukar dikesan apabila bahagian senjata tersebut dilerai dan disembunyi dalam kenderaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah beberapa kali menggagalkan cubaan menyeludup senjata api terutama daripada dua jenis tersebut apabila ia disembunyikan di bahagian kenderaan yang telah diubah suai.

“PDRM terima maklumat risikan dan periksa beberapa kenderaan yang disyaki cuba menyeludup senjata tersebut dan memang tepat maklumat risikan kita apabila pistol-pistol itu telah dilerai dan disembunyikan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya kepada Bernama.

Justeru, mengambil kira peningkatan penyeludupan senjata api sejak kebelakangan ini, PDRM telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dengan bertukar maklumat risikan terutama di kawasan sempadan.

Beliau berkata PDRM turut menggunakan platform Persidangan Ketua-ketua Polis Asean yang bersidang setiap tahun bagi membincangkan perkara tersebut serta menanganinya secara berkesan melalui sudut risikan dan operasi.

Mazlan berkata peningkatan penyeludupan senjata api yang dipercayai banyak didalangi pihak kongsi gelap perlu dibanteras secara habis-habisan melalui gerakan dan perancangan yang diatur PDRM.

Katanya menurut statistik, sejak tahun 2011 hingga Sept 2013 terdapat peningkatan dari segi rampasan dan tangkapan senjata api yang berjaya ditumpaskan PDRM.

“Pada 2011 PDRM merampas 160 senjata api pelbagai jenis dan menahan 121 orang, manakala pada 2012 PDRM merampas 199 senjata api dan menahan 163 orang dan sehingga September tahun ini polis berjaya rampas 214 senjata api dan menahan 216 orang,” katanya sambil menambah peningkatan rampasan dan tangkapan pada tahun ini didorong dengan kejayaan Operasi Cantas Khas.

Beliau berkata peningkatan penyeludupan senjata api terutamanya pistol jenis semiautomatik menunjukkan peningkatan yang paling tinggi, iaitu daripada 2011, sebanyak 62 pistol jenis itu dirampas di dalam negara, pada 2012 sebanyak 72 pucuk dirampas dan pada tahun ini sehingga September, sebanyak 78 pucuk pistol jenis itu dirampas.

Menurut statistik Polis Bukit Aman, rampasan kedua tertinggi ialah senjata api jenis revolver iaitu sebanyak 24 pucuk dirampas pada 2011, 72 pucuk dirampas pada tahun lepas dan sehingga September tahun ini, sebanyak 23 pucuk senjata itu dirampas.

Statistik itu melaporkan, sebanyak 16 pucuk senapang patah dirampas pada 2011, 15 pucuk dirampas pada 2012 dan lima pucuk senjata itu dirampas sehingga September tahun ini.

Selain itu sebanyak tujuh bom tangan dirampas pada 2011, sebutir dirampas pada 2012 dan tujuh butir dirampas sehingga September tahun ini.

Mazlan berkata antara faktor penyumbang kepada peningkatan penyeludupan senjata api ke dalam negara ialah aktiviti penyeludupan dadah, pertumbuhan kumpulan kongsi gelap dan peningkatan kegiatan maksiat dan perjudian.

Mengulas lanjut mengenai kaedah penyeludupan, katanya pihak polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) mengesan beberapa kaedah iaitu menyeludup senjata melalui bas ekspres dengan menyorokkannya di dalam beg, mengubah suai kenderaan dengan menyediakan tempat simpanan rahsia dan menyorokkan senjata dileraikan di dalam bekas simpanan bahan makanan seperti beras, sayuran dan buah-buahan.

Beliau memberikan amaran kepada mereka yang melanggar peraturan lesen senjata api boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (b) Akta Senjata 1960.

Sementara orang yang didapati memiliki senjata api tanpa lesen boleh didakwa di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh di penjara tidak lebih tujuh tahun penjara atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, katanya.

Beliau berkata mereka yang disyaki menyeludup senjata api atau seseorang didapati memiliki lebih dari dua pucuk senjata api pada satu-satu ketika boleh didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

“Jika didapati bersalah di bawah Seksyen berkenaan, pesalah akan menerima hukuman mati atau penjara seumur hayat,” katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan kerajaan perlu membekalkan kelengkapan logistik yang canggih kepada PDRM terutama teknologi pengimbas kenderaan terkini yang telah digunakan di negara barat yang kelengkapan itu mampu mengimbas senjata api mahupun dadah yang disembunyikan di bahagian kenderaan walaupun ia telah diubah suai.

Katanya walaupun mesin pengimbas berkenaan mahal namun ia perlu dimiliki PDRM mahupun pihak berkuasa yang lain agar masalah penyeludupan dapat dibanteras habis-habisan terutama membabitkan senjata api dan dadah. - BERNAMA

 PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MUJUR NEGRO TIDAK MENDAKWA PEMILIK MYKAD

MUJUR NEGRO TIDAK MENDAKWA PEMILIK MYKAD

Sejak 23 Oktober lalu, saya  mendedahkan pelbagai kisah warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia. Mereka juga pemegang MyKad palsu.

La Ode Muhamad Arjuna Mtadjo, berasal dari Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia berkongsi maklumat bagaimana mudahnya mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM350.

Baca kisah Arjuna, klik di sini.

Sejak kisahnya dipaparkan di blog ini, facebook Arjuna tidak lagi aktif.

Saya telah membuat semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, klik di sini, untuk mengetahui samada lelaki di bawah, dikenali sebagai Joemar Omar layak mengundi atau tidak menggunakan MyKad palsu miliknya.

Berikut hasil dipaparkan.


Maksudnya, MyKad terbabit tidak digunakan untuk warga asing itu mengundi tetapi sekadar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Selain daripada Joemar, ramai lagi rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, didapati menggunakan MyKad palsu, klik di sini dan di sini.

Terkini, polis Kuala Lumpur mencari teman wanita bekas pengawal keselamatan merompak kedai emas di Setapak kerana dipercayai menyimpan kebanyakkan daripada rantai emas dirompak bernilai kira-kira RM150,000. 


Fakta menakjubkan, perompak itu dan teman wanitanya juga pemilik MyKad palsu.


Nama sebenar wanita sedang diburu polis, Noreha Lamuddin, 27 tahun, berasal dari Lambitan Filipina dan dikenali dengan identiti, Hasnah Hassan di Malaysia.

Nampaknya bukan sahaja warga Indonesia terbabit sebagai pemegang MyKad palsu, malah rakyat Filipina juga sama. Barangkali kerana wajah sebilangan mereka kelihatan seperti penampilan orang Melayu. Jadi amat mudah untuk warga asing itu mengelirukan majikan dan juga kenalan.

Jika negro mengaku memiliki MyKad, tentunya pelik.

:)

Barangkali timbul persoalan di kalangan pembaca blog ini, apakah hukuman jika warga asing diberkas menggunakan Mykad palsu? Mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, pesalah boleh dipenjara maksimum 3 tahun atau denda RM20,000 atau keduanya.

Bagaimanapun 2 pengawal keselamatan warga Filipina diberkas di Petaling Jaya, Selangor hanya dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh mahkamah, klik di sini.

Dengan hukuman ringan seperti itu, tidak hairan jika penggunaan MyKad palsu akan terus berleluasa di Malaysia.

Klik di sini.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pak Guard ‘Bini Mat Yo’ kini bergelar pelakon?

Pak Guard ‘Bini Mat Yo’ kini bergelar pelakon?


on Tuesday, November 5, 2013
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi kepada pengawal keselamatan yang terbabit dengan pergaduhan yang penuh penghinaan oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara, Mat Yo.



Foto di bawah ini sebenarnya dikongsikan oleh pelakon jelita, Izara Aishah ketika penggambaran drama terbarunya Cinta Pandang Ke-2.



Dalam secene tersebut, kelihatan beliau dan seorang lagi pelakon lelaki sedang berkata-kata sesuatu kepada pengawal tersebut.





Menurut Izara, ianya adalah sebuah scene yang sedang dilakonkannya.

Wow! Nampak gayanya, Pakcik Guard ini semakin famous sehingga berlakon pulak! Ada juga peminat-peminatnya yang bertanya, “Eh, korang lakonkan scene Mat Yo dan bini dia tengah maki ke?”.

Heh..macam-macam


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri