MUJUR NEGRO TIDAK MENDAKWA PEMILIK MYKAD
Sejak 23
Oktober lalu, saya mendedahkan pelbagai kisah warga asing menjadi
pengawal keselamatan haram di Malaysia. Mereka juga pemegang MyKad
palsu.
La Ode Muhamad
Arjuna Mtadjo, berasal dari Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia berkongsi
maklumat bagaimana mudahnya mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM350.
Baca kisah Arjuna, klik di sini.
Sejak kisahnya dipaparkan di blog ini, facebook Arjuna tidak lagi aktif.
Saya telah membuat semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, klik di sini,
untuk mengetahui samada lelaki di bawah, dikenali sebagai Joemar Omar
layak mengundi atau tidak menggunakan MyKad palsu miliknya.
Berikut hasil dipaparkan.
Maksudnya,
MyKad terbabit tidak digunakan untuk warga asing itu mengundi tetapi
sekadar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Selain daripada
Joemar, ramai lagi rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank,
Norazita Abu Talib, didapati menggunakan MyKad palsu, klik di sini dan di sini.
Terkini, polis
Kuala Lumpur mencari teman wanita bekas pengawal keselamatan merompak
kedai emas di Setapak kerana dipercayai menyimpan kebanyakkan daripada
rantai emas dirompak bernilai kira-kira RM150,000.
Fakta menakjubkan, perompak itu dan teman wanitanya juga pemilik MyKad palsu.
Nama sebenar
wanita sedang diburu polis, Noreha Lamuddin, 27 tahun, berasal dari
Lambitan Filipina dan dikenali dengan identiti, Hasnah Hassan di
Malaysia.
Nampaknya bukan
sahaja warga Indonesia terbabit sebagai pemegang MyKad palsu, malah
rakyat Filipina juga sama. Barangkali kerana wajah sebilangan mereka
kelihatan seperti penampilan orang Melayu. Jadi amat mudah untuk warga
asing itu mengelirukan majikan dan juga kenalan.
Jika negro mengaku memiliki MyKad, tentunya pelik.
:)
Barangkali
timbul persoalan di kalangan pembaca blog ini, apakah hukuman jika warga
asing diberkas menggunakan Mykad palsu? Mengikut Peraturan-Peraturan
Pendaftaran Negara 1990, pesalah boleh dipenjara maksimum 3 tahun atau
denda RM20,000 atau keduanya.
Bagaimanapun
2 pengawal keselamatan warga Filipina diberkas di Petaling Jaya,
Selangor hanya dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh mahkamah, klik di sini.
Klik di sini.
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment