Pages

Thursday, October 24, 2013

Pengawal Tembak Mati Pegawai Bank: KDN Batal Lesen Operasi Syarikat Keselamatan

Pengawal Tembak Mati Pegawai Bank: KDN Batal Lesen Operasi Syarikat Keselamatan


on Thursday, October 24, 2013
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang bertanggungjawab untuk mengambil pengawal yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu kejadian rompakan di Selangor pada Rabu.

Syarikat keselamatan swasta terbabit didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, kata Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim.



Beliau berkata, firma keselamatan itu tidak menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap pengawal yang akan bertugas.

"Syarikat itu mempunyai lesen senjata api tetapi anggota keselamatan yang akan diambil bertugas itu perlu mendapat kelulusan melalui semakan pihak polis, termasuk tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan dilatih untuk mengendalikan senjata api.





"Kita telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen (syarikat keselamatan) mereka berkuat kuasa serta-merta dan kita dalam proses mempergiatkan pemantauan terhadap syarikat keselamatan berhubung penggunaan senjata api," kata Alwi pada sidang media di sini, Khamis.

PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2 PETRONAS,CALTEX

PRICE CONTROL - Idea dari Pekerja2 PETRONAS,CALTEX

kalau betul.....why not try?.....

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung
dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 3.00.
Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan
bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN
berbanding kempen jangan beli petrol pada hari tertentu' yang
dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan
mentertawakan seba b merekatahu dengan tidak membeli petrol, kita akan
menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri
berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
benar-benar berkesan.Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian
dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC
harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi
syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar
dari situasi sekarang ini.
Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar'
mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan
penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita
pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk
menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market
leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari
penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita
sendiri.
Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu

1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET
Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit
petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.
Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara
tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula
menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan
turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena
memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita
menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300
x 10 = 3,000)? dan seterusnya. Sebaik mesej ini sampai kepada generasi
penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA
JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :
1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Itu sahaja.....
Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada
10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi
dalam masa 8 hari sahaja.

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara
bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.
Jika anda terima sar ana n ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM
LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.
Mudah saja, anda cuma perlu....... ......

1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja .....jauhi diri anda
dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Nadeem akui Nora Danish kekasih hatinya?

Nadeem akui Nora Danish kekasih hatinya?

Kalau selama ini kita melihat Nadeem seringkali berdiam diri mengenai status hubungannya bersama Nora Danish, hari ini menerusi akaun Instagramnya, Nadeem dilihat menggunakan kata ganti diri “My Love” untuk Nora. Adakah ini satu pengakuan cinta olehnya terhadap Nora? Nampak gaya memang macam itulah kan?
nadeem dan nora
Malah Nadeem juga menulis bahawa mereka kini sangat bahagia di samping diri masing-masing walaupun sering mendapat “kebencian” daripada lelaki-lelaki di luar sana. Biasalah kalau dah dapat awek secantik Nora Danish, pasti ada yang jeles.
nadeem dan nora
Semoga hubungan Nadeem dan Nora akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Secara jujur, mereka memang seperti pinang dibelah dua. Lagi bagus kalau Nadeem cepat-cepat masuk meminang Nora. Orang macam Nora Danish banyak peminat. Bahaya kalau dibiar lama-lama. Apa-apa pun, semoga terus berbahagia buat anda berdua.

Penyanyi Jamal Abdillah dan Rossa terima gelaran Datuk

Penyanyi Jamal Abdillah dan Rossa terima gelaran Datuk

Penyanyi Jamal Abdillah dan Rossa terima gelaran Datuk
 KUANTAN : Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali dikurniai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang, hari ini.
Turut dikurniai darjah sama ialah penyanyi dari Indonesia, Sri Rossa  Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai “Rossa”.
Jamal, 54, antara 643 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat yang dikurnia oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Berasal dari Ipoh, Perak, Jamal yang mendapat gelaran ‘Raja Pop’ mula menceburi bidang nyanyian pada 1973 dan aktif dalam dunia hiburan tanah air sehingga kini.
Anak sulung daripada tujuh beradik itu mula dikenali ramai setelah muncul sebagai juara dalam pertandingan Bintang RTM 1979.
Namanya memuncak setelah mempopularkan lagu-lagu ciptaan komposer Ahmad Nawab serta membintangi beberapa filem seperti ‘Azura’ serta ‘Kekasih Awal Dan Akhir’.
Jamalyang pernah berumahtangga sebanyak tiga kali dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Rossa, 35, yang berasal dari Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara dengan lagu-lagu seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Hati Yang Kau Sakiti’ dan ‘Aku Bukanlah Untukmu’.

-AWANI

AMUK!!

AMUK!!

Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.

"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.

"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.

Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian.

Pembunuh pegawai Ambank diburu sampai dapek - KPN

Pembunuh pegawai Ambank diburu sampai dapek - KPN


on Thursday, October 24, 2013
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Polis akan berusaha habis-habisan untuk menangkap pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib dalam kes rompak dan bunuh di cawangan bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya semalam.

Dalam mesej melalui Twitter hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis: "Semua usaha sedang digembleng untuk menangkap pembunuh Ambank ini."



Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.





Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini.

Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Mendengar bunyi tembakan itu, rakan Rozita berdiri kaku dalam keadaan panik dan beberapa saat kemudian, muncul seorang pengawal keselamatan dengan bersenjatakan pump-gun mengarahkan petugas wanita lain beredar dari bilik itu sebelum dia melarikan diri bersama sejumlah wang.

Rompak: Gambar pekerja wanita yang mati ditembak pengawal

Rompak: Gambar pekerja wanita yang mati ditembak pengawal


on Wednesday, October 23, 2013
SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.



Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.





Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.