Pages

Sunday, November 10, 2013

DBKL mula runtuhkan kuil Sri Muneswarar

bd210f8f2a0c1b84f1f51d5833d3f829

KUALA LUMPUR- Kerja-kerja perobohan kuil Sri Muneswarar di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, diteruskan semula pagi ini melibatkan struktur utama kuil.
Setiausaha kuil tersebut Nalini Nani turut mengsahkan bahawa peguam dan pemimpin PKR S Jayathas ditahan di tapak kuil tersebut.
Kerja-kerja perobohan itu bermumla pada September lalu apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang dinding di sekeliling premis kuil tersebut setelah kawasan itu diserahkan kepada satu syarikat pemaju.
Menurutnya, Jayathas dan seorang lagi yang dikenali sebagai K Nagarajan ditahan pagi ini kerana cuba menghalang tugas pegawai DBKL.
Setakat jam 11.30 pagi ini, dua jentolak memulakan kerja-kerja perobohan kuil berkenaan dengan diperhatikan 50 anggota polis dan pegawai DBKL.
Jalan yang menuju ke kuil tersebut turut disekat.
Para pekerja dilihat menanggalkan sebahagian bumbung kuil dan memotong pokok berhampiran. – Malaysiakini

 PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gambar pengawal ambank yg di tangkap pagi tadi.....

Lagi muka samdol ni haa...

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MUSANG BERBULU AYAM (PENGAWAL KESELAMATAN WARGA INDONESIA LAYAK MENGUNDI?)

shahie70.blogspot.com
Di atas screen shot facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, Ardi Ode Putra Katela, klik di sini.

Tiga lelaki disenaraikan sebagai rakan facebook Ardi Ode itu berasal dari Sulawesi Tenggara, INDONESIA dan berpengalaman bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di Malaysia. Seorang daripada mereka, Zulfiqar Afegav, klik di sini, melaporkan di status laman sosialnya, dia menghadiri kursus dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Malaysia, PPKKM.

Pelik.

Mengikut undang-undang, Kementerian Dalam Negeri, KDN tidak membenarkan warga asing selain daripada rakyat Nepal bekas TENTERA untuk bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.

shahie70.blogspot.com

Teliti buktinya di bawah. 

shahie70.blogspot.com
shahie70.blogspot.com

[ Sumber : Klik di sini ]
Berikut pula kes LEBIH  menarik megenai seorang lagi rakan facebook pembunuh diberkas pada jam 7 pagi tadi Kota Tinggi, Johor, klik di sini

shahie70.blogspot.com
shahie70.blogspot.com

JIKA pemilik kad RELA di atas adalah Arshanikum Endeyn, klik di sini,  warga INDONESIA itu terbukti menggunakan identiti individu lain.

shahie70.blogspot.com

Semakan saya di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan dia layak mengundi mengunakan MyKad 8507-12-6265 di Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, KEDAH.

shahie70.blogspot.com

Saya berharap KDN dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan menyiasat informasi dibentangkan di sini untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Rakyat Sabah tidak berkomunikasi menggunakan bahasa seperti dicatatkan di statusnya.

shahie70.blogspot.com

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pembunuh Pegawai AMBank Berjaya Di Tangkap Di Johor !!

shahie70.blogspot.com

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter beliau pada jam7:55 AM, hari ini 10 November 2013 telah memaklumkan bahawa perompak (pegawai keselamatan) yang membunuh seorang pegawai Ambank TELAH BERJAYA DITANGKAP Polis pada pagi ini di Johor Bahru.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM.

shahie70.blogspot.com
Tan Sri Abu Bakar menyatakan "Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia".

Tahniah kepada PDRM dan syukur kepada Allah atas penangkapan ini.

Pada 23 Oktober 2013 yang lalu, Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

shahie70.blogspot.com
Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah, walau bagaimanapun maklumat tersebut diperolehi daripada kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pembunuh. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosika.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Peminat rai wira Tok Gajah

imagePemain bermesra bersama penyokong yang setia meraikan pasukan mereka di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
 
KUANTAN – Lebih 30,000 peminat Pahang membanjiri Stadium Darul Makmur, di sini untuk meraikan “Malam Tok Gajah” bersama pasukan itu di sini, malam tadi.
Stadium dipenuhi penyokong sejak jam 6 petang nyata bergegar sebaik perarakan masuk pasukan Tok Gajah bersama Piala Malaysia mengelilingi stadium untuk beramah mesra bersama peminat.
Perarakan diiringi nyanyian Ale-Ale Tok Gajah oleh penghibur tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza membuatkan stadium bertambah gamat.
Situasi bertambah meriah apabila pasukan itu berhenti di hadapan Elephant Army (EA) yang selama ini setia memberikan sokongan apabila pasukan itu beraksi.
Kehadiran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama penonton dan terus bersama melakukan “chant” dengan EA menggegarkan stadium dengan tepukan.
Penyerahan piala terhadap Tengku Abdul Rahman turut dilakukan oleh Kapten Pasukan, Jalaluddin Jaafar dan pemain tengahnya, Amirulhadi Zainal di samping Ketua Jurulatih, Dollah Salleh dan Pengurusnya, Datuk Che Nasir Salleh.
Kerancakan terus bersambung apabila selebriti Raja Lawak iaitu Johan, Jepp dan Shuib Sepahtu, Rahim R2, Kumpulan Shiro. Akim AF, Amir menyerbu padang dan kehangatan terus disambut dengan kemasukan bekas lagenda bola sepak tempatan yang juga bekas pemain bola sepak Pahang, antaranya Zainal Abidin Hassan, Zulhamizan Zakaria, Fandi Ahmad, Azizul Kamaluddin, Azaruddin Aziz dan Dollah Salleh sendiri bagi perlawanan persahabatan.
Keletah selebriti dan ‘skill’ bekas pemain nyata menjadi tarikan menarik penonton.
Selain itu, cabutan bertuah dan konsert yang dihiburkan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Rossa memberikan kenangan manis pada penonton sebelum diakhiri dengan percikan bunga api. – Sinar Harian

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Berita semasa

Dari twitter Khalid Abu Bakar. Kalau betul berita ni tahniah PDRM!!!

Gua takleh blah tengok muka pembunuh nih. Kejam tak ingat.

Mohon dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatan.
Dari twitter Khalid Abu Bakar. Kalau betul berita ni tahniah PDRM!!!Gua takleh blah tengok muka pembunuh nih. Kejam tak ingat.Mohon dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatan.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ahli kongsi gelap mula keluar ‘sarang’

logo-dan-tatoo-kumpulan-kongsi-gelap-di-malaysia-2013BUKIT KAYU HITAM – Anggota kumpulan kongsi gelap yang dipercayai berselindung di negara jiran untuk mengelak daripada ditangkap dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan 17 Ogos lepas, dikesan mula pulang ke negara ini.
Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata polis yang menyedari pergerakan mereka, kini memberi tumpuan di kawasan sempadan negara khususnya pintu masuk di sempadan.
“Operasi kita memburu mereka tetap diteruskan tanpa mengira masa,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini, hari ini.
Kamarul Zaman berkata, hasil Ops Cantas Khas selama dua hari bermula Jumaat itu, polis berjaya menahan tiga lelaki, termasuk seorang warga Thailand.
Katanya, dalam kes pertama pada 3.15 petang, Jumaat, seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04, berdasarkan tatu di badannya, ditahan semasa memasuki negara ini, melalui CIQ Bukit Kayu Hitam.
“Ini diikuti penahanan seorang lelaki warga Thailand yang cuba menyeludup 400 liter petrol pada pukul 9 malam,” katanya menambah lelaki berumur 32 tahun itu menyorokkan petrol yang diisi ke dalam 20 tong di tempat duduk belakang dan but kereta Proton Saga yang dinaiki bersama isteri dan anak lelakinya.
Kes ketiga membabitkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang memiliki pisau Rambo ketika memasuki negara jiran pada pukul 11 malam Jumaat, tambahnya.
Menurut Kamarul Zaman, Ops Cantas Khas yang masuk hari ke-85 semalam, mencatat penurunan kes jenayah kekerasan sebanyak 11.54 peratus.
Katanya, sebanyak 9,932 kes jenayah kekerasan direkodkan dari 24 Mei hingga 16 Ogos lepas menunjukkan penurunan kepada 8,786 kes sepanjang Ops Cantas yang bermula 17 Ogos hingga semalam (9 November).
Beliau berkata, Ops Cantas Khas akan dijalankan secara berterusan bagi memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa keadaan dalam negara adalah aman dan tenteram.
“Ops ini bukan sekadar untuk mengesan sebarang bentuk jenayah. Polis komited dalam mengambil tindakan tegas terhadap salah laku jenayah dan perlanggaran undang-undang negara,” katanya. – Bernama