Pages

Sunday, November 10, 2013

Peminat rai wira Tok Gajah

imagePemain bermesra bersama penyokong yang setia meraikan pasukan mereka di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
 
KUANTAN – Lebih 30,000 peminat Pahang membanjiri Stadium Darul Makmur, di sini untuk meraikan “Malam Tok Gajah” bersama pasukan itu di sini, malam tadi.
Stadium dipenuhi penyokong sejak jam 6 petang nyata bergegar sebaik perarakan masuk pasukan Tok Gajah bersama Piala Malaysia mengelilingi stadium untuk beramah mesra bersama peminat.
Perarakan diiringi nyanyian Ale-Ale Tok Gajah oleh penghibur tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza membuatkan stadium bertambah gamat.
Situasi bertambah meriah apabila pasukan itu berhenti di hadapan Elephant Army (EA) yang selama ini setia memberikan sokongan apabila pasukan itu beraksi.
Kehadiran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama penonton dan terus bersama melakukan “chant” dengan EA menggegarkan stadium dengan tepukan.
Penyerahan piala terhadap Tengku Abdul Rahman turut dilakukan oleh Kapten Pasukan, Jalaluddin Jaafar dan pemain tengahnya, Amirulhadi Zainal di samping Ketua Jurulatih, Dollah Salleh dan Pengurusnya, Datuk Che Nasir Salleh.
Kerancakan terus bersambung apabila selebriti Raja Lawak iaitu Johan, Jepp dan Shuib Sepahtu, Rahim R2, Kumpulan Shiro. Akim AF, Amir menyerbu padang dan kehangatan terus disambut dengan kemasukan bekas lagenda bola sepak tempatan yang juga bekas pemain bola sepak Pahang, antaranya Zainal Abidin Hassan, Zulhamizan Zakaria, Fandi Ahmad, Azizul Kamaluddin, Azaruddin Aziz dan Dollah Salleh sendiri bagi perlawanan persahabatan.
Keletah selebriti dan ‘skill’ bekas pemain nyata menjadi tarikan menarik penonton.
Selain itu, cabutan bertuah dan konsert yang dihiburkan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Rossa memberikan kenangan manis pada penonton sebelum diakhiri dengan percikan bunga api. – Sinar Harian


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

No comments:

Post a Comment