
KUALA LUMPUR- Kerja-kerja perobohan kuil Sri Muneswarar di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, diteruskan semula pagi ini melibatkan struktur utama kuil.
Setiausaha kuil tersebut Nalini Nani turut mengsahkan bahawa peguam dan pemimpin PKR S Jayathas ditahan di tapak kuil tersebut.
Kerja-kerja perobohan itu bermumla pada September lalu apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang dinding di sekeliling premis kuil tersebut setelah kawasan itu diserahkan kepada satu syarikat pemaju.
Menurutnya, Jayathas dan seorang lagi yang dikenali sebagai K Nagarajan ditahan pagi ini kerana cuba menghalang tugas pegawai DBKL.
Setakat jam 11.30 pagi ini, dua jentolak memulakan kerja-kerja perobohan kuil berkenaan dengan diperhatikan 50 anggota polis dan pegawai DBKL.
Jalan yang menuju ke kuil tersebut turut disekat.
Para pekerja dilihat menanggalkan sebahagian bumbung kuil dan memotong pokok berhampiran. – Malaysiakini
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment