Pages

Friday, November 15, 2013

KEBOCORAN MAKLUMAT PINDAAN CUTI HUJUNG MINGGU NEGERI JOHOR....

Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli berkata tindakan pihak berkenaan yang menyebarkan maklumat itu menerusi laman sosial Facebook merupakan kesalahan serius kerana membocorkan rahsia sulit kerajaan negeri.

"Dokumen berkenaan adalah rasmi dan ia merupakan satu kesalahan serius, bagaimana ia boleh bocor dan siapa yang memboloskannya.

"Saya difahamkan SUK telah memulakan siasatan tentang perkara ini sejak semalam dan kita nak tahu bagaimana dan siapa yang membocorkan dokumen rasmi ini kerana ia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Jumaah Majlis Diraja Johor di Istana Besar, di sini Khamis.

Sejak awal minggu ini, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor daripada hari Ahad kepada hari Jumaat berkuatkuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Okt 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima tiga laporan polis berkaitan perkara itu termasuk daripada SUK negeri Datuk Obet Tawil.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Akta OSA - BERNAMA.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Benarkah Wujudnya Pin Nombor Bank Terbalik Untuk Kod Bantuan? (Mesti Baca!)

Mungkin ada di antara kita pernah membaca tentang satu tip perkongsian nombor pin bank ATM. Sekiranya kita berhadapan dengan situasi mencemaskan seperti dipaksa penjenyah untuk mengeluarkan wang di ATM, ada yang mendakwa dengan memasukkan no pin ATM secara terbalik akan memberi satu isyarat secara tidak langsung kepada pihak bank dan polis kononnya ia adalah kod bantuan. Namun begitu, cara yang diajar ini sebenarnya adalah tidak benar sama sekali. Pihak polis dan Bank Negara Malaysia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kod bantuan ini.



SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca  penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.





Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.

Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri