Pages

Friday, November 8, 2013

Polis tongah cari org yg reply posting mamat ni.....

Seorang remaja dari Melaka yang membuat kenyataan menghina Islam di Facebook telah ditangkap oleh polis pada semalam.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, remaja 17 tahun telah ditahan oleh polis di Bandar Hilir, Melaka pada pukul 3 petang dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Dia disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," kata ACP Zainuddin.

Dipercayai beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis di tengah malam kelmarin.

Menurut ACP Zainuddin, suspek yang tinggal di Petaling Jaya, telah berhenti sekolah sejak dua tahun lalu dan gemar bermain permainan komputer. Polis juga telah cuba untuk mencari seorang yang lain yang telah menjawab posting remaja tersebut.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

No comments:

Post a Comment