PAS TELAN AIR LIUR : DAP TAK BERGANJAK & PERTAHANKAN KARPAL SINGH !!
Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak meminta pendaftaran rakannya dalam Pakatan Rakyat, PAS supaya dibatalkan, kata rakan sepasukan dalam DAP, Lim Kit Siang (gambar) yang menjelaskan perkara itu menerusi blognya malam tadi. Lim yang juga penasihat DAP turut memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengganggu perpaduan dalam Pakatan Rakyat iaitu gabungan parti pembangkang DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat.
"Saya sudah bercakap dengan Karpal dan dia menjelaskan bahawa tidak pernah meminta pendaftaran PAS dibatalkan. "Karpal mengkritik Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengugut Majlis Peguam terhadap sokongan yang diberikan kepada akhbar mingguan Katolik, Herald, menekankan bahawa bagi kepentingan perpaduan negara, persatuan politik atau professional tidak patut menyentuh unsur kaum dan agama," katanya. Walaubagaimana pun, portal yang sama turut melaporkan perkara ini :
Kritikan Karpal mendapat perhatian selepas beliau menyelar PPMM yang mengkritik Majlis Peguam, dan beliau dilaporkan sebagai berkata, sudah tiba masanya parti dan organisasi yang berasaskan kaum dan agama dimansuhkan.
"Malangnya, ini termasuk PAS. Kita perlu praktikal kerana jika kita mahu negara yang bersatu padu, kita perlu parti yang pelbagai kaum. “Larang semua parti politik berasaskan kaum di dalam negara ini. Apa masalahnya?” kata Karpal yang turut menyatakan parti seumpama itu adalah penghalang kepada perpaduan negara.
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment