KUALA
PILAH 3 Okt. - Seekor harimau kumbang yang dipercayai membaham 11 ekor
kambing di Kampung Parit Mungkal, Tanjong Ipoh dekat sini beberapa hari
lalu, berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) awal pagi ini.
Kejadian berkenaan disedari penduduk kampung, Mohd. Bakhtiar Nong
Singah, 32, sewaktu memeriksa kandang tersebut pada pukul 7 pagi ini
selepas beberapa hari kandang itu dipasang bersama umpan kambing hidup.
Ketika ini pihak Perhilitan dan polis sedang berusaha membawa haiwan liar berkenaan keluar daripada kawasan kampung tersebut.
Perhilitan bagaimanapun menasihatkan orang ramai, khususnya penduduk
sekitar supaya berhati-hati kerana bimbang berkemungkinan harimau
kumbang itu tidak bersendiran dalam hutan tersebut dan akan memberi
makluman terkini keadaan keselamatan selepas pemeriksaan dilakukan. -
UTUSAN ONLINE
KUALA
PILAH 3 Okt. - Seekor harimau kumbang yang dipercayai membaham 11 ekor
kambing di Kampung Parit Mungkal, Tanjong Ipoh dekat sini beberapa hari
lalu, berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) awal pagi ini.
Kejadian berkenaan disedari penduduk kampung, Mohd. Bakhtiar Nong Singah, 32, sewaktu memeriksa kandang tersebut pada pukul 7 pagi ini selepas beberapa hari kandang itu dipasang bersama umpan kambing hidup.
Ketika ini pihak Perhilitan dan polis sedang berusaha membawa haiwan liar berkenaan keluar daripada kawasan kampung tersebut.
Perhilitan bagaimanapun menasihatkan orang ramai, khususnya penduduk sekitar supaya berhati-hati kerana bimbang berkemungkinan harimau kumbang itu tidak bersendiran dalam hutan tersebut dan akan memberi makluman terkini keadaan keselamatan selepas pemeriksaan dilakukan. - UTUSAN ONLINE