PRK DUN Sungai Limau: BN umum calon 21 Okt

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya sememangnya telah mula membuat persiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
”Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat DUN Sungai Limau pada 8
Oktober ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami
(BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini,” katanya kepada
pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam
Kedah di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum memutuskan dan
sedang berusaha untuk menyenarai pendekkan nama calon yang akan
bertanding.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof
hari ini mengumumkan tarikh PRK DUN Sungai Limau pada 4 November
manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober ini.Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
Mengenai tarikh penamaan calon yang hampir dengan pemilihan Umno, Mukhriz berkata perkara itu harus diterima kerana ia sudah ditetapkan SPR.
“Kalau dah diputuskan, kita terpaksa menerimanya walaupun dari segi masa contohnya untuk saya sendiri, berkempen pun akan jadi sedikit tersekat.
“Tetapi tak apa, tugas dan tanggungjawab lebih kepada PRK ini… bila-bila kita bersedia, ia tak dianggap sebagai merugikan,” katanya. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment