Pages

Thursday, October 3, 2013

PCA bukti komitmen tinggi kerajaan perangi jenayah – Lee

PCA bukti komitmen tinggi kerajaan perangi jenayah – Lee

KUCHING – Rang Undang- undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam membuktikan komitmen tinggi kerajaan untuk memerangi jenayah berat di negara ini.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan undang-undang itu kelak dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap keselamatan mereka.
“Saya harap rakyat secara keseluruhannya akan menyokong akta ini yang sudah pasti dapat membantu dalam menangani masalah jenayah berat,” katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.
Beliau berkata pada masa sama polis perlu dilengkapkan lagi dengan peralatan lebih canggih yang sekali gus boleh meningkatkan kecekapan pasukan keselamatan itu.
“Pastikan juga polis mendapat peruntukan yang mencukupi untuk menggantikan kenderaan-kenderaan mereka yang sudah usang dan mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menjalankan tugas mereka,” katanya -BERNAMA

No comments:

Post a Comment