Pages

Tuesday, October 22, 2013

Berhati-hati dgn wang palsu

Berhati-hati dgn wang palsu

KUANTAN - Seorang peniaga lemang kecewa apabila ada pelanggan tergamak menipunya dengan membayar harga makanan itu menggunakan sekeping wang RM100 palsu.

Pengusaha lemang Mat Keroncong, Fauzi Abdul Rahman, 46 berkata, dia menyedari wang itu palsu ketika membayar harga makanan di sebuah restoran di sini kelmarin.

Menurutnya, pekerja restoran terbabit curiga dengan wang tersebut lalu meminta dia membayar dengan wang lain.

“Mujurlah saya ada wang lain ketika itu dan membayar segala harga makanan yang dipesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia berkata,  kerana menggunakan wang palsu tanpa disedari itu dia nyaris dituduh menipu  dan melanggar undang-undang.

“Mujurlah peniaga itu faham kerana sebagai peniaga ramai yang ’terkena’ dengan wang palsu ini,” katanya.

Fauzi berkata, dia percaya wang itu diterima ketika berniaga lemang di gerainya di Simpang Tanjung Pasir, Jalan Sungai Lembing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha lepas.

"Masa itu ramai pelanggan yang singgah membeli jadi saya dan isteri tidak sempat meneliti setiap wang yang dibayar.

“Mungkin dalam ramai-ramai itu ada yang mengambil kesempatan menggunakan wang palsu untuk membeli lemang bagi ‘menghalalkan’ wang baki yang diterima.

“Kemungkinan juga pelanggan itu pun tidak menyedari wang itu palsu jadi saya anggap semua ini bukan rezeki,” katanya.

Dia berkata, sejak menjalankan perniagaan lemang di gerainya, itulah kali pertama dia menerima wang palsu.

“Memang susah untuk mengenal pasti sama ada wang itu tulen atau palsu jika tidak diteliti namun bagi yang tahu ada beberapa ciri yang mudah untuk dicamkan,” katanya.

Fauzi berkata, sepanjang berniaga lemang, jarang pelanggan membayar dengan not RM100 selalunya not RM10 hingga RM50.

“Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini supaya semua peniaga lebih berhati-hati bagi mengelak perkara seperti ini terus berulang.

“RM100 cukup besar bagi peniaga kecil jadi amat malang jika hasil titik peluh untuk menyara keluarga dibayar sesetengah individu tidak bertanggung jawab dengan wang palsu,” katanya.

Kes gambar bogel artis tersebar,Isteri minta semua bertenang.

Kes gambar bogel artis tersebar,Isteri minta semua bertenang.

BARU sahaja reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis.

Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit.(gambar hiasan)

"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

"Namun, ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.

Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.

"Saya tahu perkara itu dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya.

Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.

Harijadi anakku yg ke enam tahun