Mungkin ada di antara kita pernah membaca tentang satu tip perkongsian
nombor pin bank ATM. Sekiranya kita berhadapan dengan situasi
mencemaskan seperti dipaksa penjenyah untuk mengeluarkan wang di ATM,
ada yang mendakwa dengan memasukkan no pin ATM secara terbalik akan
memberi satu isyarat secara tidak langsung kepada pihak bank dan polis
kononnya ia adalah kod bantuan. Namun begitu, cara yang diajar ini
sebenarnya adalah tidak benar sama sekali. Pihak polis dan Bank Negara
Malaysia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kod
bantuan ini.
SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca penyebaran mesej melalui
SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara
menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang
menerusi mesin ATM oleh penjenayah.
Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara
terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank
akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.
Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi
memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat
dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik
pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.
Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini.
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment