SHAH ALAM: Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Iskandar hari ini mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong berhubung kenyataannya pada sidang akhbar di Pulau Pinang 5 November lalu agar pendaftaran PAS dibatalkan.
Pemuda PAS meneliti rakaman 24 minit sidang akhbar tersebut dan mendapati bahawa Karpal memang menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.
"Pada minit keenam rakaman, kami mendengar Karpal berkata bahawa 'Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya.
"Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS," kata Raja Ahmad.
Kata Raja Ahmad, Karpal mengulangi kenyataan tersebut apabila diasak oleh wartawan, malah didakwa mengakui bahawa kenyataan beliau mungkin membuat rakan-rakan Pakatan Rakyat beliau tidak berpuas hati.
"Oleh itu, Pemuda PAS menuntut bahawa Karpal meminta maaf kepada PAS untuk meminta pembatalannya," kata beliau.
Beliau dalam pada itu meminta kepimpinan DAP mengambil tindakan terhadap Karpal lantaran cubaan menjejaskan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru Raja Ahmad memberi amaran bahawa Pemuda PAS akan mengambil tindakan sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment