Pages

Saturday, November 16, 2013

Jabatan Imigresen rasuah atau takut takda tolo...

KDN HARUS MENGARAHKAN JABATAN IMIGRESEN DISIASAT KERANA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PULUHAN BURUH PENCUCI KENDERAAN BANGLADESH

Semalam Kementerian Dalam Negeri, KDN, mengarahkan polis menyiasat dakwaan sebilangan kakitangan Jabatan Imigresen bertugas di KLIA dan LCCT disogok minima RM10,000 untuk membenarkan setiap pendatang haram dari India dan Bangladesh masuk ke Malaysia.

Baguslah, sudah tiba waktunya kedaulatan negara kita tidak terus dilacurkan kepada warga asing.

Awal September lalu, saya telah mendedahkan kes puluhan buruh warga Bangladesh bekerja mencuci kenderaan di Bandar Baru Sungai Buloh dan Paya Jaras, Selangor. 

Saya tidak membuat tanggapan kerana menemu bual sendiri pekerja terbabit di lokasi.


Mereka dibawa masuk ke negara kita untuk bertugas di restoran menggunakan permit sektor perkhidmatan tetapi dipaksa mencuci kenderaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen sendiri mengakui, TIADA permit dikeluarkan kepada pendatang asing untuk mencuci kenderaan. Maksudnya, mereka semua MENYALAHGUNAKAN permit kerja sekaligus boleh diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Semua lokasi pekerja haram itu berkumpul telah saya kongsikan bersama Jabatan Imgresen, klik di sini.


Menurut penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, semua 5 premis mencuci kenderaan terbabit TIDAK memiliki lesen beroperasi. 


Hairannya, tiada tindakan diambil, klik di sini dan di sini.

Pada 9 September 2013, saya menghantar maklumat itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad melalui facebook beliau. Mungkin kerana saya ini hanya blogger picisan, lalu tidak diendahkan. Tiada langsung respon.

Justeru, saya amat berharap, KDN mengarahkan kes ini disiasat secara terperinci. 

Klik di sini untuk melihat bukti.

Sila baca kronologi liputan saya lakukan di sini.

Apakah penghalang utama penguat kuasa Jabatan Imigresen tidak mengambil tindakan selama ini? Buruh warga asing jelas melanggar undang-undang di hadapan mata, dibiarkan begitu sahaja.

Sungguh pelik bin ajaib.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

No comments:

Post a Comment