Kesemua mereka dikehendaki hadir bagi membantu siasatan berhubung kematian Ketua Pegawai Penguat Kuasa jabatan agama itu, Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, yang dilihat lebih cenderung berpunca daripada tugas mangsa membanteras penyelewengan agama dan maksiat.
Jabatan itu difahamkan telah memanggil kesemua 31 pengikut ajaran sesat itu selepas enam lelaki termasuk ketua kumpulan 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang akhbar di sini berkata, polis meminta semua pengikut ajaran sesat itu tampil bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Kita akan melihat siasatan dari semua sudut bidang tugas dan pihak-pihak yang pernah terlibat dengan tindakan penguatkuasaan mangsa.
"Setakat ini polis telah mengerakkan pasukan untuk menemuduga semua yang boleh membantu siasatan termasuk meminta pengikut 'Tuhan Harun' ini tampil membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di sini hari ini.
Sementara itu di PULAU PINANG, Khalid meminta semua pihak tidak membuat spekulasi dengan mengaitkan kes kematian Allahyarham Ahmad Raffli dengan kumpulan Syiah.
Menurutnya, sehingga kini belum ada bukti jelas membabitkan dakwaan sedemikian dan siasatan rapi dari pelbagai aspek sedang dijalankan.
"Biar polis siasat secara mendalam terlebih dahulu. Jangan sewenang-wenangnya membuat pelbagai andaian kononnya kejadian dilakukan oleh pengikut Syiah. Kita akan cari apa motif sebenar kejadian dan penjenayah terbabit sedang diburu," katanya dalam satu majlis di Universiti Sains Malaysia
PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
No comments:
Post a Comment