Polis bongkar makmal dadah di pangsapuri mewah

Ketika serbuan pukul 1.00 pagi itu, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama kegiatan itu dikatakan baru keluar dari rumah mereka yang terletak di tingkat tujuh dengan membawa dua beg.
Kedua-dua suspek yang menyedari kehadiran polis kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna putih.
Polis yang kemudiannya menggeledah rumah berkenaan menjumpai sepucuk pistol dan beberapa bungkusan dadah dipercayai jenis heroin selain bahan kimia serta peralatan memproses dadah.
Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa rumah berkenaan selama lima bulan.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan operasi itu dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan. – Bernama
No comments:
Post a Comment