Model iPhone terbaru, 5C dan 5S mula dijual kepada umum
TOKYO:
Peminat produk Apple di seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk
mendapatkan model iPhone terbaru, iaitu iPhone 5C dan 5S selepas ia mula
dijual kepada umum, awal pagi ini.Di Australia, orang ramai mula beratur sejak semalam, walaupun stor jualan hanya dibuka seawal jam 8 pagi.
Di Tokyo, peminat fanatik telefonj pintar itu mula beratur minggu
lalu walaupun Jepun dilanda ribut taufan, bagi membolehkan mereka antara
terawal mendapatkan model terbaru itu.
Media tempatan melaporkan, orang ramai beratur sepanjang satu kilometer pada waktu pembukaan stor.Dua model iPhone itu mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura hari ini.
Model iPhone 5C dijual serendah AS$99 (RM324) dan didatangkan dengan beberapa warna pilihan iaitu biru, hijau, merah muda, kuning dan putih.
Manakala iPhone 5S dijual serendah AS$199 (RM652) dengan pilihan warna putih, hitam dan emas. – AFP









No comments:
Post a Comment