Bale cedera lagi

Kecederaan tersebut menyebabkan bintang Real Madrid itu terpaksa melupakan dua perlawanan bersama pasukan Wales dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2014.
“Setelah dipilih oleh pasukan Wales, saya pula yang cedera. Memang kecederaan tamparan hebat buat saya, “kata Bale.
Sementara itu, pengendali Wales, Chris Coleman menyifatkan satu kerugian buat pasukannya apabila beraksi tanpa pemain hebat seperti Bale.
“Pemain berbakat seperti Bale semestinya akan membuatkan mana-mana pasukan akan merasa kehilangan. Lagipun di bahagian serangan dia menjadi kunci permainan kami,” katanya.
Selain pemain berusia 24 tahun, Joe Allen, Joe Ledley dan Andrew Crofts juga terpaksa direhatkan oleh Wales kerana kecederaan. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment