DADAH IRAN DAN NIGERIA KUASAI PASARAN TEMPATAN
Kebanyakan dadah yang dipasarkan di negara ini diseludup masuk dari
Iran dan Nigeria, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan
Junaidi Tuanku Jaafar.
Selain itu beliau berkata kementeriannya
juga mendapati wujud kerjasama antara pembekal dadah dari negara
terbabit dengan pengedar tempatan untuk melakukan aktiviti jenayah lain.
"Selain Malaysia, masalah ini turut melibatkan beberapa negara jiran
seperti Brunei dan Singapura yang menjadi negara transit bagi aktiviti
penyeludupan dadah," katanya dalam sidang media selepas menghadiri
Program Pemimpin Bersama Klien di Pusat Pemulihan, Penjagaan dan
Penyembuhan (CCRC) di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sarawak Wan Madihi Wan Salleh dan Pengarah CCRC daerah Winnie Lugit.
Wan Junaidi berkata perkara itu berbangkit dalam persidangan keselamatan negara anggota Asean baru-baru ini.
Hasil persidangan itu juga negara anggota Asean bersetuju untuk
mengadakan persidangan undang-undang bagi menyeragamkan peraturan
bersabit penyeludupan dadah di negara masing-masing, katanya.
Sumber - BERNAMA
DADAH IRAN DAN NIGERIA KUASAI PASARAN TEMPATAN
Kebanyakan dadah yang dipasarkan di negara ini diseludup masuk dari Iran dan Nigeria, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Selain itu beliau berkata kementeriannya juga mendapati wujud kerjasama antara pembekal dadah dari negara terbabit dengan pengedar tempatan untuk melakukan aktiviti jenayah lain.
"Selain Malaysia, masalah ini turut melibatkan beberapa negara jiran seperti Brunei dan Singapura yang menjadi negara transit bagi aktiviti penyeludupan dadah," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Klien di Pusat Pemulihan, Penjagaan dan Penyembuhan (CCRC) di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sarawak Wan Madihi Wan Salleh dan Pengarah CCRC daerah Winnie Lugit.
Wan Junaidi berkata perkara itu berbangkit dalam persidangan keselamatan negara anggota Asean baru-baru ini.
Hasil persidangan itu juga negara anggota Asean bersetuju untuk mengadakan persidangan undang-undang bagi menyeragamkan peraturan bersabit penyeludupan dadah di negara masing-masing, katanya.

No comments:
Post a Comment