Pages

Thursday, October 31, 2013

Individu sebar gambar pegawai bank ditembak ditahan polis

Individu sebar gambar pegawai bank ditembak ditahan polis


on Wednesday, October 30, 2013
SHAH ALAM 30 Okt. - Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Okt lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata, polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.



"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.





Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd. Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wednesday, October 30, 2013

Pak Guard buek hal laie. Tidak sengaja terlopeh tembakan kek kaunter Bank

Pak Guard buek hal laie. Tidak sengaja terlopeh tembakan kek kaunter Bank


on Wednesday, October 30, 2013
GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan di sebuah bank di Datuk Keramat di sini apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang pamnya, Rabu.



Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.





"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau menambah pengawal telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pelajar dicekup memipit dalam tandas sekolah

Pelajar dicekup memipit dalam tandas sekolah


on Wednesday, October 30, 2013
Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.



“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.

“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.





Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pakej Bil Astro Meningkat Naik Lagi Mulai 24 November 2013

Pakej Bil Astro Meningkat Naik Lagi Mulai 24 November 2013


on Wednesday, October 30, 2013
Pakej bil Astro meningkat naik lagi mulai 24 November 2013. Menerusi laman rasmi Astro, hanya dua pakej sahaja yang akan dikenakan cas tambahan iaitu Pakej Keluarga (Family) dan pakej Sukan (Sport). Tambahan harga bagi Pakej Keluarga adalah sebanyak RM2 sebulan manakala Pakej Sukan ditambah sebanyak RM6 sebulan. Astro menyatakan bahawa kenaikan tersebut adalah untuk memberikan servis dan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan mereka. Cas atau kadar tambahan bil terbaru ini akan berkuatkuasa mulai 24 November 2013 bagi setiap pelanggan Astro yang melanggan pakej tersebut.

Kadar Kenaikan Bil Pakej Keluarga

Family Pack: Tambahan RM2 Sebulan







Kadar Kenaikan Bil Pakej Sukan

Sports Pack: Tambahan RM6 sebulan



PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gadis comel hilang,Ibu sedih dan rayu pulang.

Gadis comel hilang,Ibu sedih dan rayu pulang.

“Pulanglah, ibu tak marah. Kami cukup risaukan keadaan kakak. Kalau ada dekat sini, baliklah segera. Ibu bimbang sampai tak dapat nak lelapkan mata," luah Zarina Mohd Noor, 39, yang mencari anak keduanya, Fatin Afifah Mohd Fazli, 16, sejak disedari hilang, petang kelmarin.

Zarina berkata, ketika kejadian, Fatin Afifah bersama anak sulung, Mohd Amirul Mukhlis, 17, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di mana kedua-duanya belajar di sekolah berkenaan.

“Selalunya mereka letak motosikal di pekarangan masjid berhadapan sekolah, begitu juga semalam (kelmarin). Tetapi, Fatin Afifah memaklumkan dia sakit perut dan singgah di tandas masjid sementara abangnya terus masuk ke kelas,” katanya kepada Sinar Harian.

Zarina berkata, Mohd Amirul berasa hairan apabila rakan adiknya bertanyakan mengapa Fatin Afifah tidak masuk ke kelas ketika mahu pulang dari sekolah, kelmarin.

Menyedari keadaan itu, dia terus memaklumkan keluarga selain mencari adiknya di kawasan sekitar termasuk di rumah rakan serta hospital kerana bimbang sekiranya ditimpa sesuatu.

Menurutnya, anak keduanya cukup rapat dengan Mohd Amirul serta dua adik lain dan kehilangannya adalah satu tamparan buat mereka sekeluarga.

“Adik perempuan yang berusia 10 dan lima tahun asyik menangis dan bertanyakan kakak mereka.

“Saya juga bimbang jika dia terpengaruh dengan rakan luar mahupun mana-mana pihak tetapi sebelum ini kami cukup memantau pergerakannya sehingga ke mana-mana sahaja ditemani tanpa membiarkan dia sendiri,” katanya.

Katanya, dia tidak nampak sebarang perubahan ganjil ke atas anaknya malah mereka bertiga keluar bersama (bersama anak sulung) sehari sebelum kejadian tanpa sebarang masalah.

“Dia anak yang baik, selalunya dia tidak pernah bersikap begini. Saya merayu sangat sekiranya dia ternampak berita ini baliklah segera.

“Saya juga bimbang sekiranya dia diawasi mana-mana pihak, saya minta pulangkan anak saya dalam keadaan selamat,” katanya.

Laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, kelmarin.

Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Zarina di talian 017-5847659 atau suaminya, Fazli Fisol, 43, di talian 017-5520553.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Jadi janda selepas tiga jam nikah. Rekod dunia!

Jadi janda selepas tiga jam nikah. Rekod dunia!


on Tuesday, October 29, 2013
BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.



Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.





“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.

“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tuesday, October 29, 2013

PENGAKUAN PENGAWAL KESELAMATAN HARAM

PENGAKUAN PENGAWAL KESELAMATAN HARAM

"Mana awak punya rumah?," soal pengawal keselamatan sewaktu saya memasuki kawasan perumahan di SS2, Petaling Jaya, Selangor.

Wajahnya garang, tanpa senyuman namun penampilan sebegitu gagal menakutkan saya. 




"Sebab apa pula saya kena bagi tahu di mana saya punya rumah?," soal saya kembali.

"Saya sini punya security guard," balasnya. 

Daripada loghat percakapannya, sudah cukup memberikan saya maklumat berhubung identiti warga asing itu.

"Awak Bangladesh punya orang?," tanya saya dengan nada serius.

"Ya," jawabnya.

"Ok. Ini Malaysia punya undang-undang cakap, Bangadesh punya orang tidak boleh bekerja menjadi security guard, faham? Kalau sekarang, saya panggil polis, polis boleh tangkap awak, betul? Kalau polis boleh tangkap awak, sebab apa mahu tanya saya punya rumah di mana? Awak siapa?,"  soal saya.

"Betul," balasnya.

Tiada lagi saya lihat warga garang dipamerkan pada awalnya.


Tidak pernah pula saya mendengar nama syarikat Security Services. Jika itu nama syarikat, pasti tidak terkenal berbanding nama syarikat pembunuh di bawah, pernah berkhidmat selama kira-kira setahun.


"Sekarang awak cerita dari awal, bila datang ke Malaysia? Dulu kerja apa? Kemudian kerja apa? Bagaimakah awak boleh bekerja manjadi security guard di sini," pinta saya.

Mujur dia tidak langsung membantah.

"Saya tahun 2008, Malaysia mari, kerja itu construction sana Kuala Lumpur. Saya punya kaki itu kayu ada jatuh, sudah sakit. Sana kerja 3 tahun, Johor Bahru pergi, kerja itu electronic factory, 2 tahun tetapi saya kaki lagi sakit. Saya punya kawan, Nepal mari, cakap, ada itu kerja senang. Jadi security guard tapi gaji banyak murah. Satu ribu satu ratus satu bulan. Satu ratus bayar itu sewa rumah," jelasnya.

Lelaki Nepal, bekas pekerja kilang itu juga menurutnya kini turut bertugas sebagai pengawal keselamatan bersamanya. 

"Awak punya permit kerja, (dalam bidang) construction? Boleh kerja security guard ke?," soal saya kepada ayah 3 anak itu.

"Tidak," jawabnya ringkas.

Benar, kerana dia menyalahgunakan permit dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sekaligus melanggar Akta Imgresen 1959/63 sejak 3 bulan lalu.


Tatkala saya asyik menemu bual pengawal haram berasal dari bandar kecil, 700 kilometer dari Dhaka itu, melintas seorang gadis remaja. Bayangkan penduduk setempat mungkin tidak langsung mengetahui identiti pengawal haram itu kerana mereka hanya melihat lelaki berseragam dimomokkan bertugas menjaga keselamatan harta benda mereka. Dia bebas bergerak di kawasan penempatan itu, siang dan malam. Walhal dia berkebarangkalian menggugat keselamatan anak gadis seperti itu dan kemudian memboloskan diri. Jika dia merompak rumah mewah kononnya 'dijaga', pihak berkuasa bakal sukar mengenal pasti identitinya yang sebenar.

"Berapa ramai lagi, kawan awak kerja security guard (haram) di sini?," tanya saya tenang.

"Semua ada 7 orang, siang 3 orang jaga, malam 4 orang," jelasnya.


Selesai mengumpulkan maklumat terperinci, saya kemudian menghubungi Ketua Balai Polis Seapark, Inspektor Gunam Resul Gunam Mohamad dan memohon pemeriksaan dilaksanakan dengan kadar segera terhadap semua pengawal keselamatan bertugas di kawasan perumahan itu.

Beliau berjanji akan memaklumkan kepada saya perkembangan kes ini.

Alhamdulillah Jabatan Pendaftaran Negara telah memulakan Ops ID pagi tadi, memeriksa identiti lebih 800 pengawal keselamatan, klik di sini.


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Video fizo omar melamar mawar....

Video Romantik Fizo Omar Melamar Mawar Abdul Karim. Mesti Tonton. Mengalir Air Mato Jantan Gua Bhai!


on Tuesday, October 29, 2013
Video romantik Fizo Omar melamar Mawar Abdul Karim. Pada 28 ogos 2013, adalah tarikh yang amat bermakna buat Mawar apabila telah dilamar dengan cara paling romantik di Cathay Cineplex e@Curve. Fizo Omar dengan bantuan Paranormal Talents telah menghasilkan sebuah video gimik yang berjudul wedding proposal. Video gimik trailer berdurasi 5.59 minit itu ditayangkan dalam pawagam dan ditonton oleh Mawar bersama penonton yang lain. Pada akhir gimik tersebut, Mawar terkejut apabila Fizo Omar masuk kedalam panggung dan melamar sambil memegang bunga ros.



Untuk info, pasangan ini akan melangsungkan tarikh pernikahan pada 10 November 2013. Mawar juga adalah pemilik kepada perniagaan tudung jenama Fareeda yang kini meningkat naik di Malaysia.





Video Romantik Fizo Omar Melamar Mawar Abdul Karim


 

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

JPN akan periksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan

JPN akan periksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat dan pelaksanaannya tidak membabitkan tempoh masa.

"Pemeriksaan yang melmbabitkan lebih daripada 600 syarikat kawalan keselamatan ini akan membabitkan pengawal bersenjata dan tidak bersenjata," katanya kepada media selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di pejabatnya di sini hari ini.

Zahid berkata pihak juga akan meneliti cadangan agar syarikat kawalan keselamatan diklasifikasi mengikut kategori.    

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat ada pihak menggunakan lesen syarikat kawalan keselamatan dan permit senjata api untuk tujuan lain.

"Kami telah mendapat maklumat mengenai perkara ini dan tunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian dalam masa terdekat," katanya.

Langkah yang diambil pihak berkuasa ini susulan kejadian seorang pengawal keselamatan yang memperoleh pekerjaan itu menggunakan kad pengenalan palsu menembak mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.

Dalam kejadian Rabu lalu, pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak pengawal keselamatan terbabit ketika membuka peti besi di bilik kebal bank itu di Jalan USJ 2, Subang Jaya.

Rentetan itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971, sementara siasatan polis mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Suami cemburu tikam isteri

Suami cemburu tikam isteri


on Monday, October 28, 2013
KUALA LUMPUR: Akibat cemburu dan sangsi isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pekerja ladang menikam isterinya beberapa kali di bahagian badan hingga menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian di kuarter pekerja Ladang Bukit Darah, Kundang, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa, K Murugamal, 36, juga bekerja di ladang kelawa sawit yang sama bersama suaminya yang baru keluar penjara 12 Oktober maut di hadapan rumah jiran mereka yang terletak selang tiga rumah daripada rumah pasangan itu.



Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu dipenjarakan lima bulan 10 hari sejak awal tahun lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan memukul isterinya selain kesalahan mengugut.





Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 9.40 malam yang menyatakan berlaku pergaduhan suami isteri dan si isteri pengsan manakala suaminya sudah melarikan diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa sudah meninggal dunia di hadapan rumah dan siasatan mendapati pergaduhan mangsa bersama suspek berlaku di rumah mereka sebaik suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Sebaik membuka pintu rumah, suspek bergaduh dengan mangsa dengan menuduh dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum menikam mangsa,” katanya.

Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Alam Jaya awalpada 27/10/2013 dan ditangkap


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah


on Monday, October 28, 2013
Awal bulan ini kami ada menulis khabar angin yang mengatakan pasangan Ashraf Muslim & Wan Sakinah akan mengadakan majlis resepsi di kampung pengantin perempuan di Ipoh, Perak sekitar bulan November akan datang.








Rupa rupanya majlis resepsi perkahwinan pasangan ini telah pun berlangsung semalam & hari ini kami ada menerima beberapa keping gambar sekitar majlis tersebut yang dirakamkan oleh jurugambar professional, Colour Pictures.





Tidak banyak yang boleh kami tulis tentang resepsi perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah setakat ini, namun sementara maklumat sampai eloklah anda semua yang ingin menatap wajah pengantin baru ini layari seleksi gambar di’bawah. Enjoice!


PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Monday, October 28, 2013

Gambar: Remaja Makin Galak Kongsi Gambar Memipit Di FB

Gambar: Remaja Makin Galak Kongsi Gambar Memipit Di FB


on Monday, October 28, 2013
Rasa sedih ada, nak marah pun ada malah lagi banyak bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu.

Jika sebelum ini ada video remaja baru nak akil baligh dah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih, sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa.

Yang tak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal.

Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tak tahu, kan.



Yang ini pula, gambar tengah ‘comolot’ baik punya pun nak dimuatnaik di Facebook. Apa agaknya yang ada dalam fikiran saat mereka menekan butang share ye?

Mungkin mereka rasa perbuatan ini sesuatu yang urban lagi hip untuk dipertontonkan agaknya.





Mungkinkah mereka lupa, kalau pun mereka tidak ada rasa malu tapi keluarga terutama ibu bapa pasti ada perasaan begitu jika melihat anak yang baru setahun jagung sudah ‘advance’ sampai begini rupa di belakang mereka.

Silap-silap yang sedap anak yang tak tahu malu ini tapi yang bakal dipersalahkan sah-sah ibu bapa padahal depan mereka si anak mungkin pijak semut pun tak mati.

Di bawah ini pula, tersilap menimbang perkara yang betul dan salah. Memanglah gambar yang dimuatnaik bukan gambar dengan bukan muhrim tapi sedar tak sedar, apa dilakukannya menghampiri dosa yang lebih besar.

Kononnya daripada dicium lelaki lebih baik berciuman dengan sesama jenis.




Kesimpulannya tak kisahlah bagaimana posisi mahu pun alasan gambar dimuatnaik, budak-budak zaman sekarang nampaknya makin nipis akhlak, iman dan malu.

Bayangkan yang anda tonton ini adik beradik atau anak sendiri, apa agaknya yang bakal budak-budak ini terima bila balik rumah nanti?

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Akaun FB pembunuh pegawai Ambank dikesan

Akaun FB pembunuh pegawai Ambank dikesan


on Sunday, October 27, 2013
Susulan kes pembunuhan pegawai operasi AmBank tempoh hari, pembunuh yang dikenali sebagai Ardi Hamza masih bebas dan dipercayai masih di negara Malaysia.


Facebook Ardi Hamza dengan akaun Ardi Ode Putra Katela dikesan dan jika dilihat dari kandungan Facebook suspek ini, ternyata lelaki ini berasal dari Indonesia dan rakan Facebook yang mencecah lebih 4,000 majoriti daripada negara jiran.





Gambar-gambar pembunuh pegawai AmBank ini kebanyakkan status Facebook suspek memang berasaskan negara asalnya, Indonesia dan status terakhir di Facebook suspek pada 21 Oktober 2013.

Diharap Facebook Ardi Hamza ini memudahkan untuk pihak berkuasa menjejak pembunuh kejam yang masih bebas ini. Ayuh, sebarkan!




Gambar: Foto isteri pembunuh pegawai Ambank pula dibongkar!

Gambar: Foto isteri pembunuh pegawai Ambank pula dibongkar!


on Monday, October 28, 2013
Semalam, akaun Facebook dipercayai milik pembunuh pegawai wanita Ambank itu telah dibongkar dan didedahkan kepada umum. Anda boleh bacanya di SINI.

Hari ini, keluarganya pula didedahkan oleh blogger Mazidul Akmal.



Pembunuh tersebut dipercayai ayah kepada tiga orang anak berdasarkan beberapa keping gambar yang ada pada akaunnya.





Seorang wanita yang dipercayai isteri kepada pembunuh itu juga didedahkan.

Wanita tersebut juga telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

DUA-DUA BENGONG................

Punyer la melampuh lorong kek Plaza Tol tu lorong ni jugak ekau rebut an.....ONTAHLAHHHHH....

Pelajar dalam video dipanggil

Pelajar dalam video dipanggil


on Monday, October 28, 2013
PORT DICKSON - Sembilan pelajar sekolah dipanggil polis bagi direkodkan keterangan berhubung sebuah video pendek memaparkan tingkah laku mereka di kawasan tanah perkuburan Cina di sini.

Video berdurasi 1 minit 32 saat itu, tersebar dalam Youtube memaparkan pelajar terbabit termasuk ada antaranya beruniform sekolah, menari dengan iringan muzik rancak serta bermain bola sepak di kawasan perkuburan itu sehingga menimbul rasa kurang senang masyarakat.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, tujuh daripada mereka merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini, sementara dua lagi telah dibuang sekolah sebelum kejadian, atas faktor disiplin.



Menurutnya, kesemua mereka berusia antara 12 dan 14 tahun.

“Siasatan polis mendapati, kumpulan pelajar ini berbuat demikian tanpa niat untuk menghina ataupun cuba menggugat sentimen perkauman dan agama. Kelakuan yang dilakukan sekadar untuk bersukaria, bagaimanapun mereka berada di lokasi salah tanpa mengetahui kesan dan akibat daripada perbuatan tersebut.

Menurutnya, perbuatan kumpulan pelajar itu dilakukan Khamis lalu, sekitar 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Rakaman video itu dirakam menggunakan telefon bimbit salah seorang daripada pelajar terbabit. Polis juga percaya antara mereka juga yang telah memuat naik rakaman tersebut ke internet," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.





Abd Wahab berkata, berikutan penyebaran video tersebut, satu laporan polis telah dibuat ahli jawatankuasa tanah perkuburan tersebut, Jumaat lalu.

"Dalam masa terdekat polis akan memanggil pelajar, ibu bapa mereka dan juga ahli jawatankuasa tanah perkuburan itu untuk menjernihkan kembali keadaan.

“Kejadian yang berlaku ini merupakan kes terpencil dan jangan jadikan ia sebagai punca untuk kita saling berbalah sesama kaum,” katanya percaya kes ini akan diselesaikan dengan baik.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 298 A (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun,” katanya.

Abd Wahab menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video tersebut melalui apa juga medium komunikasi dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

WANTED!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sebarkan.... Dikehendaki POLIS sesiapa nampak sila hubungi berdekatan dengan segera.

SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN MAJIKAN PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK

SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN MAJIKAN PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK


on Monday, October 28, 2013
Ada kata kes ni heboh satu dunia, tapi bila aku tanya kawan2 aku di luaq negara depa tak tau sangat pun dan liputan tak der lah meluas sangat. Kadang-kadang aku duk heran, ada media yang nak cerita depa sensasi duk pi pukul canang kata cerita dia lah paling meletop sana sini. Betui kaaa????

Sekarang ni heboh cerita pasai kes rompakan dan bunuh pegawai Ambank di USJ minggu lepas. Aku simpati dengan keluarga mangsa dan seharusnya si pembunuh ni kalau dapat kita tembak kepala dia bagi hancoq macam mana dia buat pada pegawai bank tersebut. Hangpa semua setuju tak????

Bila jadi insiden macam nie kita semua kena la pakat sama2 untuk bantu Polis. Aku dapat tahu KDN dah tamatkan lesen kontrak syarikat kawalan keselamatan tersebut. Baguih la cam tu kan. Tapi betui ka owner syarikat tersebut dimiliki oleh pemimpin UMNO?

Ada yang kata syarikat tersebut ialah Securiforce Sdn Bhd dan Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid. Banyak betul versi cheq dengaq nama syarikat yang terbabit. Kalau dilihat dari gambar pak guard tu ianya milik syarikat lain.

Hangpa tengok sendiri gambaq ni, dan ini nama syarikat yang sebenar.....



Suspek pembunuhan kejam lengkap bersenjata dan memakai uniform yang tertera nama syarikat iaitu ‘Kawalan Prima’, dengan itu pastikan syarikat ‘Kawalan Prima’ dibungkus berkuatkuasa serta merta sebagai pengajaran kepada syarikat lain, hukuman yang setimpal kepada pemilik syarikat juga perlu ditimbang.

KAWALAN PRIMA SDN BHD
Nama Pengarah:
1. Halim bin Yom
2. Iqbal Halim bin Halim
3. Intan Shafinaz binti Halim

Nama Pemegang Saham:
1. Sarjet Singh a/l Dershan Singh
2. Halim bin Yom
3. Manjit Singh a/l Dershan Singh
4. Hayati binti Halim
5. Intan Shafinaz binti Halim
6. Kasmah binti Halim
7. Manmant singh a/l Dershan Singh

Modal Berbayar: 1,000,000.00

Alamat Syarikat:
Kawalan Prima Sdn Bhd
Suite 1106, Tingkat 11th Floor
Wisma Lim Foo Yong
Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
No Tel: 03-21424363   No Fax: 03-21418682

Pandangan cheq tak kisah, syarikat tersebut milik siapa pun. Kalau dah terbukti salah, hukuman setimpal seharusnya dijatuhkan pada depa. Jangan duk suka suki nak buat apa saja. Perkara mati macam ni tak boleh dibuat main apatah lagi nak dipolitikkan.





Tak kira UMNO ka, PAS ka, PKR DAP ka.....ada bukti memang salah heret ke muka pengadilan. Itu barunya dinamakan adil dan saksama. Faham ka????


Jangan cuba duk sorok pemimpin, hangpa dapat apa????

Saturday, October 26, 2013

Lim Kit Siang

Perkauman Lim Kit Siang sudah Jelas Apabila Mempertikaikan Kakitangan Awam..

Pengerusi Chauvinis Cina DAP Lim Kit Siang memnunjukan jelas mengenai sifat dan sikap perkauman menebal beliau dan parti yang dipimpin semenjak 1967 ini. Dalam perkembangan terbaru, Kit Siang mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md Yassin untuk memecat dua orang pengetua (satu di Johor dan satu di Kedah) atas dakwaan mengamalkan perkauman di sekolah.

Sebelum ini Muhyiddin menjelaskan bahawa apa apa tindakan keatas pegawai Kerajaan terutama gred N48 keatas, perlu menurut saluran dan proses sebagaimana termaktub dalam perintah am perkhidmatan awam dan walaupun sebagai Menteri Pelajaran, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memecat mana mana pegawai terutama peringkat tinggi sesuka hati. Pegawai perkhidamatan awam termasuk perkhidmatan pelajaran mempunyai hak sebagaimana kakitangan awam lain.

Oleh kerana Lim masih lagi meneruskan desakan sebagai modal politik tanpa mengambil peraturan dan tatacara perkhidmatan awam telah membuat Muhyiddin mengambil kedudukan untuk membidas polemik yang sengaja dibangkitkan.Amat jelas polemik yang dimainkan Lim seolah olah Kerajaan enggan mengambil tindakan keatas penjawat awam dikalangan orang Melayu yang didakwa mengamalkan perkauman namun belum disiasat dan diberikan keseluruhan proses untuk pengadilan ini bertujuan untuk menabur dan menyemai perasaan perkauman terhadap kakitangan Kerajaan dalam rancangan strategik ‘politik kebencian’ Pembangkang.

Ini amat berbeza dalam kes dimana empat orang belia keturunan Cina yang mengaku menyimbah cat ke sebuah surau di Seremban. Lim tidak pula mengambil ketetapan atas nada yang sama agar tindakan tegas diambil keatas empat orang ini terutama setelah mereka ibu bapa mereka memohon maaf.

DAP tidak pula mengencam dan mendesak agar tindakan berat dimambil keatas empat belia ini sebaliknya mengambil kedudukan membisu atas insiden yang amat sensitif ini.

DAP dan pemimpin seperti Lim memang sengaja memperkudakan termasuk memanipulasikan sepenuhnya mana mana peluang untuk menganyang pemimpin dan pegawai dikalangan orang Melayuterutama pihak penguat kuasa seperti Polis, SPRM dan sebagainya tanpa mengambil kira apa apa proses untuk pertimbangan tatacara untuk tindakan diambil tetapi mengamalkan sikap dan kedudukan amat berbeza keatas perbuatan Bukan Melayu, terutama keturunan Cina. Jelas dalam kes simbah cat ini, ianya perbuatan yang jauh lebih buruk dan secara automatiknya amat mudah menjadi penyebab konflik antara kaum dan kepercayaan.

GALAU WITH LYRICS.....LAYANZZZZZZZZZZZZZZZZ


PERKASA tuntut Kamalanathan tarik balik kenyataan

PERKASA tuntut Kamalanathan tarik balik kenyataan


on Saturday, October 26, 2013
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan bahawa Kementerian Pelajaran tidak membenarkan penyembelihan lembu di sekolah, telah menghina Islam, kata PERKASA semalam.

"Kenyataan ahli parlimen P Kamalanathan yang tidak membenarkan ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang Melayu dan seluruh Umat Islam," tulis Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi  Ideris dalam blognya.

"Sedangkan kami tidak pernah mempertikaikan upacara-upacara keagamaan kamu. Kamu juga tidak hormat kepada agama kaum majoriti di negara ini," katanya.



Posting bertajuk "P Kamalanathan Jangan Kurang Hajar" itu,  juga tidak menyebut pemimpin MIC dan MP Hulu Selangor itu sebagai timbalan menteri .

Irwan mengulaskan penjelasan Kamalanathan pada hari Khamis bahawa penyembelihan lembu di SK Puchong Jaya di Selangor semasa Aidiladha minggu lepas tidak pernah dibenarkan oleh pihak kementerian.





Kamalanathan, dalam usaha untuk meredakan bantahan bukan Islam berhubung perkara itu, berkata sekolah tersebut tidak memaklumkan kepada kementerian rancangannya itu, jika tidak mereka akan dinasihatkan supaya mengadakannya di sebuah surau berdekatan.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu mengelak soalan media mengenai sama ada kementerian bercadang untuk mengeluarkan surat pekeliling untuk mengingatkan sekolah mengenai perkara itu, dengan berkata "tidak perlu" untuk itu.

"Kepimpinan Wira menggesa supaya ahli parlimen ini berhenti bercakap tentang agama Islam, jangan jadi "kacang lupakan Kulit".

 "Hormat sedikit," tambah Irwan.

Apa Beza SST Dengan GST? #Bajet2014

Apa Beza SST Dengan GST? #Bajet2014

Pendapatan paling tinggi

Pendapatan Michael Jackson Paling Tinggi

LOS ANGELES - Michael Jackson memperoleh AS$160 juta (RM505 juta) antara Jun tahun lalu hingga Jun 2013 sekali gus menjadikannya selebriti meninggal dunia meraih pendapatan paling tinggi.

Menurut senarai Forbes, Raja Rock Elvis Presley berada di tempat kedua dengan pendapatan AS$55 juta (RM174 juta), diikuti Charles Schulz di tempat ketiga dengan AS$37 juta (RM117 juta) dan Bob Marley di tempat keempat dengan pendapatan AS$18 juta (RM57 juta).

"Kebanyakan pendapatan Raja Pop itu diperoleh daripada pertunjukan muzik Cirque du Soleil dan penerbitan katalog lagu-lagu pop," menurut majalah itu, dipetik dari laporan dpa.