Pages

Saturday, October 26, 2013

PERKASA tuntut Kamalanathan tarik balik kenyataan

PERKASA tuntut Kamalanathan tarik balik kenyataan


on Saturday, October 26, 2013
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan bahawa Kementerian Pelajaran tidak membenarkan penyembelihan lembu di sekolah, telah menghina Islam, kata PERKASA semalam.

"Kenyataan ahli parlimen P Kamalanathan yang tidak membenarkan ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang Melayu dan seluruh Umat Islam," tulis Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi  Ideris dalam blognya.

"Sedangkan kami tidak pernah mempertikaikan upacara-upacara keagamaan kamu. Kamu juga tidak hormat kepada agama kaum majoriti di negara ini," katanya.



Posting bertajuk "P Kamalanathan Jangan Kurang Hajar" itu,  juga tidak menyebut pemimpin MIC dan MP Hulu Selangor itu sebagai timbalan menteri .

Irwan mengulaskan penjelasan Kamalanathan pada hari Khamis bahawa penyembelihan lembu di SK Puchong Jaya di Selangor semasa Aidiladha minggu lepas tidak pernah dibenarkan oleh pihak kementerian.





Kamalanathan, dalam usaha untuk meredakan bantahan bukan Islam berhubung perkara itu, berkata sekolah tersebut tidak memaklumkan kepada kementerian rancangannya itu, jika tidak mereka akan dinasihatkan supaya mengadakannya di sebuah surau berdekatan.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu mengelak soalan media mengenai sama ada kementerian bercadang untuk mengeluarkan surat pekeliling untuk mengingatkan sekolah mengenai perkara itu, dengan berkata "tidak perlu" untuk itu.

"Kepimpinan Wira menggesa supaya ahli parlimen ini berhenti bercakap tentang agama Islam, jangan jadi "kacang lupakan Kulit".

 "Hormat sedikit," tambah Irwan.

No comments:

Post a Comment