Pages

Tuesday, November 5, 2013

Gaji murah, tidak carum KWSP

Gaji murah, tidak carum KWSP

Dua jenayah rompakan baru-baru ini melibatkan warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Subang Jaya dan Setapak, telah membuka mata banyak pihak bahawa isu pengawal keselamatan tidak boleh dipandang remeh.

Namun, siasatan selama seminggu wartawan Utusan Malaysia membuktikan betapa proses pengambilan pengawal keselamatan dilakukan tanpa mengikut prosedur ketat oleh pihak berkenaan.

Ini terbukti apabila ketiga-tiga temu duga dilalui wartawan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan lulus tanpa banyak kerenah.

Maka tidak hairanlah, industri tersebut mudah didominasi golongan warga asing yang kini menguasai sebanyak kira-kira 53 peratus bagi keseluruhan pengawal keselamatan di negara ini selain 11 peratus lagi bekerja secara haram.

PERINGATAN: Pihak moderator blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

No comments:

Post a Comment