POLIS TIDAK LETAK TEMPOH OPS CANTAS
Yan, 12 Okt - Polis tidak meletakkan tempoh tertentu untuk Op Cantas
Khas dijalankan, sebaliknya operasi itu akan diperluas kepada beberapa
jenayah lain selain jenayah kekerasan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata operasi itu akan diteruskan
selagi ada kumpulan penjenayah yang bertindak ganas dan memerlukan
tindakan tegas daripada polis untuk menanganinya.
"Tidak ada tempoh masa untuk Op Cantas Khas. Selagi dirasakan
masyarakat rasa takut, rasa 'fear of crime' kami akan teruskan Op Cantas
Khas ini. Kami akan pertingkatkan lagi kerana ia memberi kesan.
"Kami akan luaskan Op Cantas Khas bukan hanya meliputi jenayah
kekerasan tetapi mereka yang terlibat dalam kegiatan Ah Long, edar VCD
haram, pengedaran dadah dan sebagainya," katanya kepada pemberita
selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini
hari ini.
Beliau berkata cadangan mempertingkat dan
memperluaskan Op Cantas Khas bertujuan memastikan Malaysia menjadi
tempat yang lebih selamat untuk rakyatnya.
"Kami tidak mahu
rakyat kita rasa takut untuk berada dalam negara yang kita cintai ini.
Maklum balas mengenai operasi ini, yang saya sendiri dapat daripada
Facebook, Twitter, ramai yang menyokong," katanya.
Ditanya
mengenai tanggapan negatif sesetengah pihak yang menganggap polis sesuka
hati melepaskan tembakan terhadap penjenayah sejak kebelakangan ini,
Khalid berkata anggotanya melepaskan tembakan kerana mahu pertahankan
diri.
"Tidak sekali-kita tindakan 'trigger happy'. Apa-apa
tindakan diambil dalam dua, tiga hari lepas...tembak mati penjenayah
adalah tindakan mempertahankan diri kerana penjenayah bersenjata api dan
senjata bahaya. Kalau ancam nyawa kami, kami terpaksa mempertahankan
diri.
"Tidak sekali-sekali ambil tindakan dahulu sebelum nyawa
kami diancam. Jangan buat andaian kami 'trigger happy', dengan sengaja
nak datangkan kematian kepada orang lain.
"Tengok sahaja
kumpulan-kumpulan kami tumpaskan, ini semua kumpulan ganas, tegar, tidak
teragak-agak guna senjata berbahaya kepada kita. Operasi kami semua
berdasarkan maklumat dan risikan," katanya - BERNAMA
POLIS TIDAK LETAK TEMPOH OPS CANTAS
Yan, 12 Okt - Polis tidak meletakkan tempoh tertentu untuk Op Cantas Khas dijalankan, sebaliknya operasi itu akan diperluas kepada beberapa jenayah lain selain jenayah kekerasan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata operasi itu akan diteruskan selagi ada kumpulan penjenayah yang bertindak ganas dan memerlukan tindakan tegas daripada polis untuk menanganinya.
"Tidak ada tempoh masa untuk Op Cantas Khas. Selagi dirasakan masyarakat rasa takut, rasa 'fear of crime' kami akan teruskan Op Cantas Khas ini. Kami akan pertingkatkan lagi kerana ia memberi kesan.
"Kami akan luaskan Op Cantas Khas bukan hanya meliputi jenayah kekerasan tetapi mereka yang terlibat dalam kegiatan Ah Long, edar VCD haram, pengedaran dadah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini hari ini.
Beliau berkata cadangan mempertingkat dan memperluaskan Op Cantas Khas bertujuan memastikan Malaysia menjadi tempat yang lebih selamat untuk rakyatnya.
"Kami tidak mahu rakyat kita rasa takut untuk berada dalam negara yang kita cintai ini. Maklum balas mengenai operasi ini, yang saya sendiri dapat daripada Facebook, Twitter, ramai yang menyokong," katanya.
Ditanya mengenai tanggapan negatif sesetengah pihak yang menganggap polis sesuka hati melepaskan tembakan terhadap penjenayah sejak kebelakangan ini, Khalid berkata anggotanya melepaskan tembakan kerana mahu pertahankan diri.
"Tidak sekali-kita tindakan 'trigger happy'. Apa-apa tindakan diambil dalam dua, tiga hari lepas...tembak mati penjenayah adalah tindakan mempertahankan diri kerana penjenayah bersenjata api dan senjata bahaya. Kalau ancam nyawa kami, kami terpaksa mempertahankan diri.
"Tidak sekali-sekali ambil tindakan dahulu sebelum nyawa kami diancam. Jangan buat andaian kami 'trigger happy', dengan sengaja nak datangkan kematian kepada orang lain.
"Tengok sahaja kumpulan-kumpulan kami tumpaskan, ini semua kumpulan ganas, tegar, tidak teragak-agak guna senjata berbahaya kepada kita. Operasi kami semua berdasarkan maklumat dan risikan," katanya - BERNAMA

No comments:
Post a Comment