Pages

Friday, October 4, 2013

Peluang pekerjaan di johor

Hershey labur RM816 juta bina kilang di Johor

download (60)KUALA LUMPUR: The Hershey Co, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, akan melabur RM816 juta bagi membina sebuah kilang pengeluaran konfeksioneri baharu di Zon Perdagangan Bebas Senai di Johor.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Noharuddin Nordin, berkata kilang itu, dijadualkan siap pada tahun 2015, merupakan pelaburan tunggal terbesar Hershey di luar AS.
“Inilah bukti menunjukkan Malaysia terus menjadi tarikan kepada syarikat multinasional membuat pelaburan besar di rantau ini.
“Projek ini akan membawa faedah ekonomi kepada Malaysia dalam bentuk pekerjaan dan perniagaan untuk pembekal tempatan,” katanya dalam taklimat media di sini hari ini.
Noharuddin berkata kilang itu akan dilengkapi dengan teknologi canggih dan menjadi antara kemudahan terbesar dalam jaringan pembuatan global syarikat.
Beliau berkata langkah untuk mewujudkan kilang di sini juga akan memberi kelebihan kepada pengeluar koko tempatan, terutamanya mereka yang telah membekalkannya kepada syarikat AS.
Terdahulu, dilaporkan pembukaan kilang itu pastinya akan memberi manfaat kepada pengusaha pemprosesan koko tempatan seperti Guan Chong Bhd.
Hershey berkata lebih 90 peratus pengeluaran daripada kilang itu akan dieksportkan, sambil menambah ini amat baik untuk negara kerana ia akan menyumbang RM15 juta untuk eksport dalam tempoh 15 tahun ini.
Naib Presiden Kanan untuk Asia, Timur Tengah, Eropah dan Afrika, Peter F. Smit berkata Hershey menjangkakan jualan antara US$200 juta hingga US$300 juta dalam tempoh tiga tahun, mulai 2017-2019.
Syarikat turut menjangkakan jualan antarabangsanya akan mencecah US$1 bilion menjelang akhir 2014, katanya.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Rantaian Bekalan, Terence O’Day berkata kehadiran Hershey di Malaysia akan menyediakan 400 pekerjaan.
“Bila kilang ini beroperasi sepenuhnya, lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan,” katanya.
Pada masa ini, operasi di luar AS menyumbang di antara US$650-US$700 juta kepada syarikat daripada pendapatan US$6.6 bilion.
O’Day berkata Hershey menjangkakan 30 peratus sumbangan antarabangsa menjelang 2018 berdasarkan kepada permintaan pengguna yang kian meningkat untuk produknya di rantau ini.
MIDA ialah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bertanggungjawab untuk promosi dan pelarasan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia.
Hershey ialah pengeluar terbesar coklat berkualiti di Amerika Utara dan peneraju global coklat dan konfeksioneri gula. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment